COVID-19: Masjid Al-Aqsa ditutup tiga minggu

BAITULMAQDIS: Masjid Al-Aqsa ditutup selama tiga minggu bermula Jumaat ini berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19.

Pihak berkuasa pentadbiran masjid tersebut Majlis Wakaf Islam (Wakaf) memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar anggota Wakaf dengan pegawai kesihatan, selepas Israel dan Palestin melaporkan peningkatan ketara jangkitan virus berkenaan.

Anggota Wakaf, Hatem Abdel Qader, memberitahu pihaknya berharap orang ramai memahami keperluan melaksanakan keputusan itu demi kesihatan dan keselamatan mereka sendiri.

“Bagaimanapun panggilan azan akan terus berkumandang di bandar lama Baitulmaqdis dan kakitangan Wakaf dibenarkan menunaikan solat di dalam masjid,” katanya.



Ini adalah kali kedua pihak Wakaf memutuskan untuk menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa sejak Israel menguasai timur Baitulmaqdis selepas Perang Enam Hari pada 1967.

Sebelum ini, pihak Wakaf menutup pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Mac lalu akibat ancaman COVID-19 yang semakin memuncak.

Pihak berkuasa Israel melaporkan hampir 167,000 kes COVID-19 termasuk 1,147 kematian manakala di Tebing Barat, 214 dilaporkan maut akibat virus itu manakala lebih 30,200 kes direkodkan pihak berkuasa Palestin.-Awani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker