Pasangan kekasih dicekup berkhalwat, alasan mahu berehat

Pasangan kekasih dicekup berkhalwat, alasan mahu berehat

Alor Setar: Baru kenal dua bulan, tapi sudah beberapa kali menyewa hotel bajet terutama ketika cuti, dengan alasan untuk berjumpa melepaskan rindu, selain mahu berehat.

Perbuatan pasangan kekasih itu akhirnya terbongkar apabila mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat di hotel bajet di Jalan Putra, Mergong di sini, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka dicekup jam 4.20 pagi tadi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kota Setar (PADKS) yang diketuai Mat Nasir Dali.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan hasil maklumat awam.

“Hasil siasatan mendapati, wanita berusia sekitar 30-an itu turut mendakwa kini dalam proses bercerai dengan suaminya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Dia yang menetap di Kuala Kedah itu bekerja di sebuah pasar raya di Mergong dan tidak mempunyai anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Radzi berkata, lelaki itu pula berusia 33 tahun dan masih bujang serta bekerja di sebuah kilang di Jitra dan menetap di daerah itu.

Beliau berkata, mereka memberi alasan untuk berehat di situ dan biasanya mendaftar masuk di hotel berkenaan jam 8 malam.

“Hasil soal siasat mendapati, mereka kerap menyewa hotel bajet itu ketika waktu cuti dan baru berkenalan dua bulan,” katanya.

Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. HM

Pasangan kekasih dicekup berkhalwat, alasan mahu berehat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker