Cedera selepas langgar belakang FRT bomba
Cedera selepas langgar belakang FRT bomba
Klang: Pemandu lori kontena cedera di paha kanan selepas melanggar belakang jentera Fire Rescue Tender (FRT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berdekatan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jambatan Pelabuhan Klang, dekat sini, petang semalam.
Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata, ketika kejadian, enam anggota termasuk penyelia Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja baru saja selesai memadam kebakaran sebuah lori kontena yang membawa muatan alat ganti kenderaan.
“Kejadian berlaku jam 4.40 petang, ketika itu anggota baru saja selesai tugas pemadaman dan ingin bergerak pulang ke balai sebelum dilanggar sebuah lori kontena dari belakang.
“Susulan kemalangan itu, pemandu berusia 31 tahun itu tersepit di bahagian depan bagaimanapun berjaya dikeluarkan anggota BBP Kota Raja.
“Alhamdulillah, ketika pelanggaran itu semua anggota sudah berada dalam jentera serta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan laporan, pemandu lori berkenaan pada awalnya tidak perasan jentera bomba di laluan berkenaan.
Katanya, pemandu itu difahamkan cuba menukar laluan bagaimanapun gagal kerana terdapat sebuah lagi lori kontena yang laju di lorong sebelah.
Norazam berkata, susulan kemalangan itu, jentera bomba mengalami kerosakan di bahagian ‘axle’ belakang (sebelah kiri).-HM
Cedera selepas langgar belakang FRT bomba
Baca Artikel Menarik :
- Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.