Siti Sarah banyak kali tawar membantu – Ebit

Sebaran :

Siti Sarah banyak kali tawar membantu – Ebit

Siti Sarah banyak kali tanya ingin bayar sewa rumah orang miskin…- Ebit Lew

Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin bertemu Pencipta pagi tadi, turut mendapat reaksi daripada pendakwah bebas dan dermawan, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi entri Instagram, Ebit menitipkan rasa sedihnya atas kehilangan tersebut dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Siti Sarah atas pemergiannya.

Dalam memberitahu, penyanyi lagu Kesetiaan itu pernah menawarkan diri membantu membayar beberapa rumah sewa golongan miskin.

“Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib , Siti Sarah serta anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.

“Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan.

“Semoga Allah beri syurga Firdaus padanya. Sabar ya Shuib, Allah sayang. Insya-Allah,” coretnya menerusi Instastory.

Pagi tadi, berita duka itu dikongsi pelawak, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music. Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan. Utusan

Siti Sarah banyak kali tawar membantu – Ebit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib


Sebaran :

Leave a Reply