Resepi Lala Kam Heong Sedap dan Wangi
Resepi Lala Kam Heong Sedap dan Wangi
Selamat datang kepada semua pembaca! Pada perkongsian kali ini kita akan berkongsi resepi lala kam heong. Kam heong merupakan hidangan stir-fry yang menggunakan lala sebagai bahan utama. Ianya merupakan hidangan daripada masyarakat Cina Hokkien yang telahpun menjadi salah sebuah juadah yang digemari rakyat Malaysia.
Jika anda sudah buntu ingin masak apa untuk makan nanti bolehlah anda mencuba resepi lala ini. Sangat sesuai untuk dihidangkan bersama dengan lauk-pauk yang lain. Makan sahaja dengan nasi putih pun sedap! Bahan – bahan untuk menyediakan resepi ini mudah untuk dicari, malahan cara pembuatannya juga ringkas.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak like dan share! Tanpa kita membuang masa lagi, mari kita lihat cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi lala kam heong ini!
‘Kam Heong’ bermaksud ‘golden fragrance’ iaitu ‘wangian keemasan’. First of all, kita akan belajar macamana nak buat sos Kam Heong.
Sos Kam Heong:
Bahan-bahan:
Bahan A:
100g udang kering (rendam 10 minit)
20-30 helai daun kari
2 sudu serbuk kari
3 sudu sos tiram
1 sudu kicap cair
½ sudu kicap pekat
1 sudu teh gula
3 sudu minyak masak
Bahan B:
4 biji bawang putih
8 biji bawang merah
6 biji cili padi (ikut selera)
Cara Membuat:
1- Potong kesemua bahan B dan letak tepi. Kisar/cincang halus udang kering.
2- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah bersama udang kering yang telah direndam tadi, sehingga naik bau.
3- Kemudian tambahkan daun kari, dan cili yang telah dipotong tadi, bersama kesemua bahan-bahan lain yang tinggal.
4- Kacau sehingga mendidih dan naik bau.
5- Sedia untuk diguna.
Lala Kam Heong
Bahan-bahan:
300g lala (cuci dan toskan)
1 biji bawang besar (dipotong 6)
5 Sudu sos Kam Heong
Air secukupnya
Sedikit minyak masak.
Cara Membuat:
1- Masukkan minyak dan tumiskan sos kam heong sehingga naik bau.
2- Masukkan lala, bawang besar dan air kemudian kacau.
3- Masak hingga kuah memekat.
4- Sedia dihidang
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda!
Resepi Lala Kam Heong Sedap dan Wangi
Baca Artikel Menarik :
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.