Tak pertahan DUN Gambir, Muhyiddin mudah mengaku kalah

Tak pertahan DUN Gambir, Muhyiddin mudah mengaku kalah

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin secara efektif memberi “laluan mudah” selepas memutuskan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis.

Profesor Madya Anantha Raman Govindasamy dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata tindakan berkenaan mungkin didorong Bersatu sebenarnya tidak mempunyai sokongan akar umbi seperti Umno.

Muhyiddin, katanya, mungkin sudah tahu beliau berisiko tinggi kalah di kerusi itu yang mampu mencetuskan kesan domino, sekali gus menyumbang kepada kejatuhan gabungan PN.

“Keputusan beliau tidak bertanding juga adalah cara untuk melanjutkan hayat Bersatu dan PN dalam politik Malaysia,” katanya kepada FMT.

Anantha berkata, Muhyiddin mungkin berwaspada terhadap cakap-cakap lebih ramai wakil rakyat merancang melompat ketika ketegangan dalam Bersatu memuncak.

Baru-baru ini, Ketua Bersatu Bahagian Tebrau dan ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang, penyandang DUN Larkin, Mohd Izhar Ahmad dan lebih 300 ahli Bersatu Bahagian Tanjung Piai keluar parti.

Ketua Penerangan PN Johor, Mohd Solihan Badri dilaporkan berkata, keputusan Muhyiddin tidak mempertahankan kerusi Gambir bertujuan memberi tumpuan untuk memperkukuhkan jentera gabungan itu demi mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor nanti.

Dalam pada itu, James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania, berkata keputusan Muhyiddin tidak bertanding pada PRN Johor tidak akan menjejaskan kedudukannya dalam parti.

“Ketika ini, tiada seorang pun dalam parti mampu mengambil alih kedudukannya. Beliau terlalu senior,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ramai berpandangan keputusan Muhyiddin enggan bertanding ialah isyarat kelemahan, namun perkara itu tidak penting buat masa ini.

“Jika ada, ia hanya akan menjejaskan parti pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Itu akan menjadi kekalahan terbesar Bersatu,” katanya. FMT

Tak pertahan DUN Gambir, Muhyiddin mudah mengaku kalah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker