Puad bidas KJ, jadikan Presiden UMNO sebagai kambing hitam

Puad bidas KJ, jadikan Presiden UMNO sebagai kambing hitam. Tindakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berdolak-dalik berhubung ketaatannya kepada parti disifatkan sebagai cubaan menjadikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘kambing hitam’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kenyataan Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bahawa beliau tidak percaya kepada Ahmad Zahid, bukan ‘tiket’ untuknya tidak patuh kepada keputusan parti.

“KJ (Khairy) tidak perlu berdolak-dalik bila mengatakan dia taat kepada parti tetapi tidak percaya kepada Presiden UMNO. Kalau dia tidak percaya Presiden, maka itu bukan tiket untuk dia tidak patuh keputusan parti.



“Kalau betul dia taat kepada parti, sila buat pengakuan terbuka, bahawa dia akan tarik sokongan kepada Perdana Menteri dan sedia letak jawatan sebagai menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Puad berkata, keputusan untuk menarik sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri adalah keputusan parti yang dibuat secara konsensus melalui MKT dan Perhimpunan Agung UMNO.

Tegasnya, keputusan untuk menarik semula sokongan itu bukan keputusan Presiden seorang.

“KJ pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO. Dia tahu bagaimana MKT membuat keputusan, kerana dia juga ahli MKT ketika itu.



“Sebenarnya KJ menjadikan Ahmad Zahid sebagai kambing hitam untuk menolak keputusan MKT. KJ mencari alasan untuk kekal sebagai menteri dan sokong kerajaan PN (Perikatan Nasional),” katanya.

Justeru, katanya, Khairy perlu akur kerana mengingkari keputusan parti hanya memecahbelahkan parti.

“Jangan bersikap ‘blaming the victim’. Ahmad Zahid jadi mangsa untuk tolak keputusan parti,” katanya.

Semalam, ketika di Johor Bahru, Khairy dilaporkan berkata, beliau masih setia dengan UMNO tetapi mengakui mempunyai isu kepercayaan terhadap Ahmad Zahid.



Beliau berkata, pendiriannya bersama 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah jelas untuk kekal menyokong PN sehingga keabsahan kerajaan diputuskan di Parlimen, September nanti.

UMNO pada 3 Ogos lalu, sebulat suara menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN pimpinannya.

Susulan keputusan itu, dua menteri iaitu Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatannya sebagai Menteri tenaga dan Sumber Asli manakala Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad, melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Bagaimana, 31 Ahli Parlimen BN dipimpin Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan keputusan mereka untuk kekal di dalam kerajaan.



Puad bidas KJ, jadikan Presiden UMNO sebagai kambing hitam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO dedahkan 14 nama Ahli Parlimen tarik sokongan kepada PN



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker