ATM gerak 750 anggota bantu hospital

ATM gerak 750 anggota bantu hospital

Seramai 750 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan di hospital-hospital sekitar Lembah Klang bagi membantu petugas kesihatan mengendalikan kes-kes berkaitan Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, khidmat anggota pertahanan itu diperlukan, antaranya bagi membantu membawa tong-tong oksigen kepada pesakit yang berkenaan.



“Dulu ada timbul isu tenaga kerja untuk memberi bantuan oksigen. Itu memerlukan tenaga kerja dan ATM menyediakan 750 anggota untuk membantu hospital di seluruh Lembah Klang termasuk 90 anggota ATM di tempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

“Sebab satu balang itu boleh beri oksigen selama lapan jam, jadi selepas habis oksigen itu kita mahu terus bagi yang baharu, jadi kita tak nak ada ‘lagged’ (kelewatan) yang boleh membahayakan pesakit,” katanya.

Terdahulu, Ismail yang juga Menteri Pertahanan mendengar taklimat kira-kira sejam bersama kepimpinan HTAR, Klang di sini mengenai status pengoperasian dan rawatan kepada pesakit Covid-19 dan pesakit bukan Covid-19.

Ismail berkata ini antara perkara yang ditambah baik dan beberapa perkara lain akan ditambah baik lagi, termasuk prosedur perolehan untuk pembelian ubat-ubatan serta peralatan perubatan lain.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Jadi kalau boleh kurangkan birokrasi dan kurangkan birokrasi perolehan, kerana ini boleh dianggap sebagai kecemasan…jadi boleh diketepikan sedikit prosedur, jika tidak ia akan memakan masa…ini saya akan bincang dengan Kementerian Kewangan,” katanya.

Selain itu, katanya van-van ambulans seperti Pertubuhan Bulan Sabit Merah dan Saint John mungkin akan diberi token atas khidmat bakti yang diberikan.



“Sekarang memang mereka membantu kita tetapi secara sukarela, jadi mungkin kita boleh bincang kalau ada peruntukan boleh beri sedikit token kepada mereka untuk membantu mengambil pesakit dengan segera dari rumah,” katanya

Sementara itu, Ismail Sabri berkata HTAR telah melakukan penambahan 578 katil termasuk 100 katil di hospital medan untuk menampung peningkatan pesakit Covid-19.

“Setakat hari ini, hospital ini mempunyai 1,264 katil iaitu 900 untuk pesakit Covid-19, manakala selebihnya katil bagi pesakit bukan Covid-19,” katanya. FMT

ATM gerak 750 anggota bantu hospital



Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker