JPPM cuba bunuh akar umbi UMNO

JPPM cuba bunuh akar umbi UMNO

Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tidak mengiktiraf keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan merupakan satu cubaan untuk membunuh akar umbi parti Melayu itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera mendakwa, tindakan itu ketara dilakukan selepas MKT UMNO menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri pada 3 Ogos lalu.

“Saya lihat ini satu tindakan drastik daripada kerajaan Muhyiddin, apabila kita buat satu kenyataan menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Tiba-tiba petang yang menyatakan kita perlu melaksanakan mesyuarat cawangan di peringkat bahagian.

“Kita semua boleh lihat bahawa satu tindakan politik jahat dan mempunyai agenda tertentu,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim dalam satu kenyataan menetapkan keputusan MKT UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Menurut Jasri, ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT UMNO bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

Susulan itu, UMNO perlu membuat permohonan penangguhan mesyuarat agung atau pemilihan dengan mengemukakan cadangan tarikh kepada RoS dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, Tengku Haphiz melihat perkara itu satu strategi untuk membatalkan terus UMNO, sekaligus boleh memberi kesan 3.3 juta ahlinya atau 10 peratus daripada rakyat Malaysia.

“Dalam keadaan sekarang ini saya fikir kita kena tumpukan kepada masalah negara, kita kena membanteras Covid-19.

“Namun, Perdana Menteri dan konco-konconya mengambil keputusan untuk menyusahkan rakyat iaitu ahli UMNO seramai 3.3 juta,” katanya.

Katanya lagi, agak mustahil untuk UMNO melakukan pemilihan arti, apatah lagi membabitkan 66,000 cawangan di seluruh negara secara dalam talian ketika ini.

“Di seluruh negara, kita ada 66,000 cawangan di mana sekurang-kurangya satu cawangan itu ada 100 orang,” katanya lagi. MG

JPPM cuba bunuh akar umbi UMNO

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker