Sejak Bila Ada Dua Majlis Pemulihan Negara? – Asyraf Wajdi

Sejak Bila Ada Dua Majlis Pemulihan Negara? – Asyraf Wajdi

“Maaf, saya keliru. Apakah negara hari ini ada dua Majlis Pemulihan Negara (MPN)?”

Demikian luahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan MPN yang diadakan semalam secara maya yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Satu yang dipengerusikan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, satu lagi Tun Dr Mahathir. Dua-dua dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dua-dua dapat liputan langsung media arus perdana.

“Pandangan saya, nak tangani krisis sebesar pandemik ini, molek disatukan sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Asyraf juga malah menyoal dengan penambahan lantikan menteri penasihat iaitu timbalan presiden  Bersatu meskipun saiz anggota Kabinet ketika ini adalah besar.

“Kalau pengalaman di UK dan Australia, dibentuk War Cabinet yang dikecilkan jumlah Kabinet sedia ada dan disertakan ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk menunjukkan kesatuan dan kebersamaan semua dalam menangani satu-satu krisis besar seperti peperangan, pandemik virus kuku dan mulut, Brexit dan lain-lain.

“Kita pula di Malaysia, dibesarkan lagi Kabinet dan ada dua pula MPN,” ujar beliau – UMNO Online

Sejak Bila Ada Dua Majlis Pemulihan Negara? – Asyraf Wajdi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laporan polis terhadap Muhyiddin, lagi akan menyusul

Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker