‘Sindiran’ Pemuda PN adalah angkuh – EXCO Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang menyindir keputusan kepimpinan UMNO untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah angkuh.
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Fadzmel Fadzil dalam satu kenyataan hari ini berkata, UMNO membuat keputusan sedemikian tidak lain tidak bukan, selepas melihat Kerajaan hari ini gagal memperjuangkan nasib rakyat.
Selain itu, beliau berkata, Kerajaan PN juga jelas menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana enggan membahaskan Proklamasi Darurat serta Ordinan-ordinan berkaitan tempoh hari.
“Apa usaha yang telah dilakukan oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional (Khairil Nizam Khirudin) ketika rakyat dihimpit kesusahan, dipaksa berkurung di rumah tanpa bantuan, dipaksa merayu memohon i-Sinar, i-Citra, moratorium serta bantuan tunai?
“Di mana suara Pemuda Perikatan Nasional ketika itu? Di mana #KlusterDerhaka ketika Pemuda UMNO mendesak dan memberi cadangan-cadangan menerusi #TuntutanRakyat. Bila didesak dikatakan Hikayat Gunung Ledang, bila ditekan supaya lantang bersuara, dikatakan sedang berbisik.
“Bila diajak beri pandangan, disuruhnya mencetak wang kertas. Malah, bila diajak untuk bersama-sama menghantar surat kepada Kerajaan untuk membantu rakyat, mereka sibuk pula menghantar surat sokongan meminta projek,” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan Khairil Nizam sebagai berkata, Pemuda PN mengecam tindakan lapan Ahli Parlimen dan pihak pembangkang yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik tatkala kerajaan dan para petugas barisan hadapan sedang bertungkus-lumus melawan COVID-19.
Khairil Nizam menambah Pemuda PN sentiasa berpegang pada konsep budaya politik matang dan sejahtera, dan akan meneruskan politik khidmat bakti pada rakyat.
Mengulas lanjut, Fadzmel berkata, Pemuda PN boleh terus selesa di kerusi empuk, mendabik dada, tetapi jangan sampai menyesal di kemudian hari.
“Teruslah bersama #KlusterDerhaka yang menjadi asbab kematian yang semakin tinggi dan teruslah memangkin angka bunuh diri hanya kerana sifat pentingkan poket di sisi.
“Teruskan dengan kenyataan mencipta sengketa sebegini kerana yakinlah wahai Ketua Pemuda Perikatan Nasional bahawa sebenarnya nilai sahabat lebih mulia dari habuan dunia yang dinikmati hari ini,” katanya lagi.
Baca Artikel Menarik :
- Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
- Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
Layari Laman Facebook MYKMU
Tarik sokongan dari PN, Muhyiddin: UMNO Perak sokong penuh keputusan MKT
You must be logged in to post a comment.