Jangan Makan Kulit Ayam Berlebihan

Jangan Makan Kulit Ayam Berlebihan

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak ‘mengambil’ secara berlebihan masakan berasaskan kulit ayam terutamanya yang bergoreng kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, pengambilan makanan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mengidap penyakit jantung serta darah tinggi.

Selain itu, kulit ayam juga mempunyai kandungan lemak tepu serta kolestrol yang tinggi sekali gus dapat meningkatkan berat badan.

“Jangan makan berlebihan ya. Kulit ayam ini menakung kalori dan lemak tepu,” kata Public Health Malaysia pada hantarannya semalam.

Terdahulu, tular di laman sosial semalam menu terbaharu sebuah syarikat makanan segera yang sedang mempromosikan makanan berasaskan kulit ayam.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial itu, rata-rata pengguna tidak sabar untuk menikmati menu tersebut yang kini boleh didapati di semua cawangan restoran itu di seluruh negara.-K! ONLINE

Jangan Makan Kulit Ayam Berlebihan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Yang degil masih sokong, sedang mencari nahas

Noor Hisham tersepit, dipersoal berat sebelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker