Mahathir : Berapa ratus ribu lagi akan dijangkiti

Mahathir : Berapa ratus ribu lagi akan dijangkiti

Dr M: Berapa ratus ribu lagi akan dijangkiti sebelum sidang Sept?

Kerajaan seolah-olah tidak merasakan pentingnya untuk bertindak segera bagi menangani wabak Covid-19 yang kini kian memburuk di negara ini, menurut bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.



Mahathir berkata demikian berhubung penangguhan sidang Parlimen baru-baru ini dan sidang seterusnya yang akan diadakan September ini.

“Saya tak ada minat dalam politik berhubung soal ini. Saya berasa bimbang dengan perkembangan Covid-19.

“Mereka masih bincang berkenaan siapa nak jadi perdana menteri, bila nak ada sidang Parlimen. Sidang Parlimen patut diadakan lebih awal lagi. Ini dibuat pada 26 Julai lalu (dan ) tak bincang pun berkenaan (penyelesaian) Covid-19.

“Sidang parlimen (seterusnya) September. Dari sekarang sehingga September, berapa ratus ribu orang yang akan dijangkiti?



“Jadi tak ada ‘sense of urgency’, tak ada rasa tertekan bahawa pentingnya kita bertindak sekarang,” katanya ketika wawancara bersama Astro Awani malam tadi.

Semalam, terdapat 19,819 kes baru Covid-19 dan 257 kes kematian akibat wabak itu yang dilaporkan. Kedua-duanya merupakan rekod tertinggi sejak penularannya awal tahun lalu.

Pada Jun lalu, Mahathir mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara – badan pentadbir negara ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) – bagi mengendalikan wabak Covid-19 dengan pemantauan Parlimen.

Antara peranannya adalah untuk mengurangkan kes Covid-19, menyelesaikan masalah persekolahan dan memulihkan ekonomi, dan akan terbubar apabila imuniti kelompok dicapai atau PRU15 diadakan.



Dalam wawancara malam tadi, Mahathir sekali lagi menegaskan dia tiada hasrat untuk sekali lagi menjadi perdana menteri, sebaliknya hanya seorang “warga yang patriotik” yang ingin melihat Malaysia berjaya.

Sebagai seorang yang memimpin negara selama 22 tahun ketika kali pertama memegang jawatan itu, Mahathir berkata dia telah berdepan pelbagai krisis yang melanda negara dan ia telah memberikannya pengalaman dalam soal itu.

Katanya lagi, tiada sebab untuk dia tidak berkongsi pengalaman tersebut dalam krisis yang dihadapi negara pada masa ini.

“Sebaliknya (pentadbiran semasa) kerajaan baru, kerajaan pintu belakang (dan) mereka tiada idea macam mana nak perintah pun.



“Dengan krisis kesihatan, ekonomi, kewangan dan politik – terlalu banyak (besar) untuk mereka yang tiada pengalaman langsung untuk mengambil tindakan,” katanya lagi. Mk

Mahathir : Berapa ratus ribu lagi akan dijangkiti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker