Mesyuarat tergempar MT Umno – apa yang dijangka?

Mesyuarat tergempar MT Umno – apa yang dijangka?

Apa boleh dijangka dari mesyuarat tergempar MT Umno hari ini?

Umno hari ini sekali lagi menarik perhatian apabila mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) di tengah-tengah kemelut yang tercetus antara Putrajaya dan Istana Negara berhubung pembatalan ordinan darurat..



Pastinya semua tertumpu kepada keputusan yang akan dicapai dalam mesyuarat yang akan berlangsung hari ini selepas mesyuarat MT Umno sebelum ini membuat ketetapan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimana pun keputusan Umno menarik sokongan mencetuskan konflik dalaman Umno, ini kerana tidak semua ahli parlimen Umno dilihat menyahut keputusan itu. Malah, ahli parlimen Umno dibenarkan untuk membuat pendirian mereka sendiri.

Selepas keputusan diumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, majoriti ahli parlimen Umno khususnya “kluster menteri” kekal menyokong Muhyiddin.

Begitu juga dengan keputusan Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin, namun dalam masa masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Hari ini tumpuan Umno pastinya kepada teguran Yang di-Pertuan Agong terhadap menteri kabinet berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang diumumkan tanpa perkenan Istana Negara.

Teguran Yang di-Pertuan Agong dan jawapan balas Pejabat Perdana Menteri (PMO) pastinya akan diberi perhatian oleh Umno untuk menentukan kedudukan parti itu dalam kerajaan PN.

Umno yang merupakan parti Melayu pastinya tidak mahu dilihat membelakangi institusi diraja. Justeru, Umno pastinya akan cuba mencari pendirian yang selari dengan kedudukan Istana Negara.

Umno sememangnya kurang senang berada dalam kerajaan PN, namun agak sukar untuk Umno menarik ahli parlimen mereka supaya selari dengan kedudukan parti.



Perbincangan mesyuarat MT Umno juga dijangka akan terus memberi tekanan kepada Muhyiddin supaya berundur daripada jawatan perdana menteri.

Gesa kerajaan interim

Ia bukan saja disebabkan Umno telah menarik sokongan, tetapi juga teguran Yang di-Pertuan Agong yang secara jelas menjejaskan kredibiliti Muhyiddin untuk terus memimpin kerajaan.

Ditambah pula dengan situasi wabak Covid-19 yang kini mencecah lebih sejuta kes kumulatif meski darurat diisytiharkan.



Umno kemungkinan akan menekan supaya kerajaan interim ditubuhkan buat sementara waktu bagi memimpin negara, dengan mensyaratkan perdana menteri daripada kalangan pemimpin mereka.

Jika daripada Umno, individu yang dilihat sesuai untuk menjadi perdana menteri interim antaranya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pun begitu cabaran utama yang dihadapi Umno ialah bagaimana mereka mampu meyakinkan ahli parlimennya untuk bergerak serentak dengan keputusan parti.

Itu adalah cabaran terbesar yang dihadapi Ahmad Zahid apatah lagi selepas media melaporkan 30 ahli Parlimen Umno didakwa telah menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin dengan menandatangani akuan bersumpah (SD).



Namun, tidak mustahil juga mesyuarat tergempar MT Umno hari ini tidak menawarkan sebarang hasil jelas. Kalau pun mesyuarat itu mengeluarkan garis pendirian yang tegas, persoalan sama masih timbul: adakah ia akan dipatuhi pemimpin Umno terutamanya dalam kalangan ahli parlimen? Mk

Mesyuarat tergempar MT Umno – apa yang dijangka?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Wanita dapat suntikan vaksin ‘sanitizer’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker