Kucing haiwan peliharaan utama rakyat Malaysia

Kucing haiwan peliharaan utama rakyat Malaysia. Menjadi kebiasaan bagi rakyat di negara ini untuk memiliki haiwan peliharaan di rumah mereka.

Haiwan yang dipelihara biasanya tertakluk kepada kecenderungan dan minat masing-masing.

Di Malaysia terdapat tiga jenis haiwan yang menjadi pilihan utama rakyatnya untuk dipelihara iaitu kucing, anjing dan ikan.

Berdasarkan data Rakuten Insight, sebanyak 34 peratus rakyat di negara ini memelihara kucing di rumah masing-masing.

Sebanyak 20 peratus memilih untuk memelihara anjing manakala 15 peratus pula cenderung memelihara ikan.

Bagaimanapun, ikan terbahagi kepada dua kategori iaitu ikan emas dan ikan tropika yang mana masing-masing mencatat jumlah sebanyak lima dan 10 peratus.

Selain tiga haiwan yang dinyatakan tadi, terdapat lagi beberapa haiwan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dipelihara.

Namun, peratusan mereka yang memiliharanya amat rendah jika dibandingkan dengan kucing, anjing dan ikan.

Data Rakuten Insight menunjukkan, sebanyak enam peratus memelihara burung, arnab dan hamster (empat peratus), reptilia (dua peratus), serangga (satu peratus) dan lain (satu peratus).

Kesemua haiwan tersebut dipelihara oleh mereka yang tidak meminati dengan kucing, anjing dan ikan.

Dalam pada itu, firma penyelidikan tersebut turut mendedahkan sebanyak 41 peratus daripada rakyat Malaysia tidak memilihara sebarang haiwan di rumah mereka.

Berdasarkan data keseluruhan haiwan peliharaan kegemaran utama, anjing adalah haiwan yang paling banyak dipelihara di Asia.

Data Rakuten Insight menunjukkan rakyat di negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, India, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Vietnam memilih untuk memelihara anjing berbanding kucing.

Bagaimanapun, kecenderungan rakyat Jepun untuk memilihara anjing dan kucing adalah sama iaitu 11 peratus.

Sementara rakyat Indonesia dan Malaysia pula majoritinya lebih cenderung memelihara kucing berbanding anjing sebagai haiwan peliharaan mereka.

Data Rakuten Insight diperoleh menerusi bancian dalam talian melibatkan 97,000 responden dari China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam.

Bancian yang dilakukan pada Januari 2021 itu mendapati anjing, kucing dan ikan adalah tiga jenis haiwan utama yang dipelihara oleh penduduk Asia.

Jumlah mereka yang memelihara anjing merangkumi 32 peratus, kucing (26 peratus) dan ikan (15 peratus).

Kucing haiwan peliharaan utama rakyat Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bra pelbagai saiz digantung bersepah sekitar kampung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker