Bra pelbagai saiz digantung bersepah sekitar kampung

Sebaran :

Bra pelbagai saiz digantung bersepah sekitar kampung. Penduduk Perumahan Sumber Mukti Indah, Kabupaten Rembang di  Jawa Tengah dikejutkan dengan kejadian aneh apabila pakaian dalam wanita berupa bra diletak merata-rata di sekitar kawasan kediaman mereka.

Menurut laporan portal Solopos.com, insiden pada hujung minggu lalu itu sangat menjengkelkan kerana coli-coli  ditemui di lokasi terbuka seperti tiang gol di padang bola, gelanggang badminton awam dan depan rumah penduduk dan juga kawasan menjemur kain terbuka.

Menurut Ketua Perumahan, Ramin, penduduk tidak pernah menjemur pakaian dalam mereka sama ada wanita atau lelaki di kawasan jemuran awam sebaliknya menjemurnya di dalam rumah atas dasar privasi.

Penduduk menunjukkan bra yang digantung di teres rumah dan tempat jemuran terbuka. – Suara.com

Namun, kejadian bra yang ditinggalkan bersepah itu menimbulkan tanda tanya sama ada ia adalah  gurauan remaja nakal atau perbuatan orang kurang waras.

“Penduduk setempat belum ada membuat laporan tentang kehilangan pakaian dalam setakat ini. Jadi, kami semua berasa hairan dengan kejadian ini,” ujar Ramin.

Pasukan polis menyiasat kejadian menggantung bra sekitar kampung di Jawa Tengah. – Suara.com

Sementara itu, petugas kawalan keselamatan daerah sudah hadir ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat berkenaan kejadian dan akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bagi menjejak pelaku perbuatan tidak bermoral itu. – Agensi

Bra pelbagai saiz digantung bersepah sekitar kampung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kejar wanita ‘tunjuk’ kemaluan, Lelaki penjara 14 hari


Sebaran :

Leave a Reply