Lelaki ditimpa pokok tumbang ketika kebumi anak

Sebaran :

Lelaki ditimpa pokok tumbang ketika kebumi anak. Seorang lelaki cedera ditimpa sebatang pokok kelapa sawit tumbang di Tanah Perkuburan Islam Jalan Parit 1, Chenderong Balai di sini pada Isnin.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun itu mengurus pengebumian bayinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan pramatang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, sepasukan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian itu pada jam 8.41 malam.

“Setibanya di lokasi, mangsa berada dalam keadaan terbaring tidak boleh bergerak dipercayai cedera di bahagian pinggang akibat dihempap pokok berkenaan.

“Pokok berkenaan telah dialihkan sebelum ketibaan pasukan. Anggota kemudiannya bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan lanjut dengan menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Pemeriksaan mendapati kejadian itu berpunca daripada pokok kelapa sawit yang sudah reput itu telah tumbang akibat dibakar di bahagian pangkal.

“Kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan mangsa lain dan operasi ditamatkan pada jam 9.17 malam,” katanya.

Lelaki ditimpa pokok tumbang ketika kebumi anak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MP pembangkang pentingkan kuasa melebihi nyawa rakyat


Sebaran :

Leave a Reply