Gajah pijak kepala lelaki sampai mati

Gajah pijak kepala lelaki sampai mati

SUMATERA: Seorang lelaki maut selepas kepalanya dipijak sekumpulan gajah liar di kebun getah di daerah Musi Rawas.

Lapor Tribunnews, banyak kesan tapak kaki haiwan itu ditemukan di sekitar lokasi mayat mangsa, Adiyosmora, 46.

Bapa saudara mangsa, Lukman berkata, dia menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Katanya, kesan tapak kaki gajah masih berada di kepala mangsa yang mengalami kecederaan sangat serius.

Malah, tubuh badannya juga dipenuhi kesan lebam akibat serangan itu.

“Mangsa mungkin cuba menghalau sekumpulan gajah keluar yang memasuki kebun getahnya.

“Namun, disebabkan jumlah gajah yang banyak menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret sebelum dipijak-pijak oleh haiwan itu,” katanya. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Gajah pijak kepala lelaki sampai mati


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker