Betul Ke Kita Jadi Susah Tidur Bila Dilamun Cinta, Pakar Jelaskan Punca

Betul Ke Kita Jadi Susah Tidur Bila Dilamun Cinta, Pakar Jelaskan Punca

Jatuh Cinta 💖💘

Setiap dari kita sukakan perasaan tersebut, ianya luar biasa sehingga membuatkan perut terasa senak. Tetapi tahukah anda terdapat banyak perkara yang boleh berlaku apabila kita dilamun cinta, termasuklah mengubah kitaran tidur. Pernahkah anda sedar bahawa tidur menjadi agak sukar pada waktu malam ketika jatuh cinta?

Ramai orang berubah menjadi insomnia apabila mereka jatuh cinta. Hal ini dibuktikan pada sebuah kajian yang dimuatkan dalam Journal of Adolescent Health pada 2007, bahawa remaja jatuh cinta akan mengalami fasa tidur lebih pendek (satu jam lebih pendek) berbanding mereka yang tidak jatuh cinta.

Ini kerana otak mereka berfikir lebih banyak tentang orang yang disayangi. Memang memikirkan orang dikasihi merupakan perasaan yang indah, tetapi perkara ini boleh mengganggu tidur. Walaubagaimanapun ia baik untuk kesihatan mental bahkan sebenarnya memberikan tidur yang lebih berkualiti.

Kajian oleh Professor Serge Brand, University of Basel mendedahkan bahawa dia tidak menemui penurunan dalam kualiti tidur untuk remaja yang dilamun cinta. Malah apabila anda jatuh cinta, tahap hormon serotonin (yang membantu memberi ketenangan) menurun dan itu menyebabkan seseorang itu tidak berhenti berfikir tentang si dia.

 

Dr Stephanie Cacioppo pula memberitahu “cinta adalah sesuatu yang mempunyai kuasa dari segi psikologi, dimana perasaan cinta itu sendiri mampu menyebabkan seseorang itu berasa gementar, meningkatkan degupan jantung, hilang selera makan, dan menyukarkan seseorang itu untuk tidur malam.”

Sekarang dah jelas kenapa kamu susah nak tidur, sebab kamu sedang bahagia.-WN

RUJUKAN: 123

Betul Ke Kita Jadi Susah Tidur Bila Dilamun Cinta, Pakar Jelaskan Punca


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

[VIDEO] Cinta Anta Benua…Satukan Budaya Penang, Jerman’

Pelakon Siri Netflix Sex/Life, Sarah Dan Adam Demos Jatuh Cinta Pandang Pertama Di Set Penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker