UMNO kini sedang dilanda ‘taufan’?
UMNO kini sedang dilanda ‘taufan’?
Dilema yang terus menekan Umno
Oleh Haspaizi Zain
Umno berada dalam situasai sukar ketika ini. Situasai yang mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah parti itu menunjangi kerajaan lebih 60 tahun, sehinggalah BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Menjadi sejarah apabila Umno dipimpin oleh presiden yang tidak mempunyai kuasa dalam kerajaan ataupun dengan kata lain presiden Umno bukan perdana menteri.
Berbanding situasai sebelum ini, Umno mudah membuat keputusan dan segala keputusan yang diumumkan presiden pasti akan diikuti tanpa bantahan oleh kepimpinan lain sehingga ke akar umbi.
Pemimpin veteran Umno, Shahrir Samad sendiri mengakui Umno kini berada dalam krisis kepimpinan yang menggocang parti.
Dalam satu hantaran di Facebooknya, Shahrir berkata perpecahan dalam Umno, BN tidak dapat diselindung lagi, bahkan perkara itu tidak dapat dibaiki dalam masa terdekat ini, melainkan Umno, BN kembali berkuasa.
Ya, perpecahan dalam Umno, BN tidak boleh dinafikan lagi. Ia bukan lagi rahsia, bahkan diketahui umum.
Apa yang dibangkitkan Shahrir itu ada asasnya. Sudah beberapa kali keputusan yang diumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sekadar angin lalu dan “dilanggar” begitu saja panglima politik ‘derhaka’ dalam Umno.
Suara presiden Umno bagaikan tiada nilai apabila keputusan parti yang diumumkannya tidak diendahkan sesetengah pemimpin Umno lain.
Misalnya, keputusan Umno menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, tiada seorang pun pemimpin Umno dalam kerajaan yang menyahut seruan berkenaan.
Bahkan “kluster menteri” terus kekal menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri. Tiada seorang pun yang menarik sokongan selaras dengan arah parti.
Begitu juga ketika ‘konflik’ Istana Negara dengan Putrajaya berhubung isu pembatalan ordinan darurat. Zahid mengarahkan pemimpin parti supaya berpegang dengan ketetapan parti menolak Muhyiddin, namun semua itu tidak berlaku.
Jangan pandang sepi langkah Muhyiddin
Bukan saja keputusan parti tidak diendahkan dengan alasan setiap ahli parlimen BN berhak buat keputusan sendiri, bahkan lebih daripada itu rakaman suara mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang hangat juga tular sehingga ia bukan lagi menjadi kerahsiaan parti.
Kepimpinan Zahid dicabar secara tidak langsung oleh segelintir pemimpin BN. Bahkan keputusan besar Umno yang diumumkan Zahid bagaikan tiada apa-apa makna.
Keputusan Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin tidak memberi kesan kepada kerajaan dan Muhyiddin terus kekal menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Usaha Umno untuk “checkmate” Muhyiddin masih belum berhasil sehingga kini. Kepimpinan Umno dlihat agak berkecamuk bahkan kadang kala ada dua keputusan dan pendirian berbeza.
Pun begitu, dalam keghairahan Umno mengatur strategi, keupayaan Muhyiddin dan jenteranya tidak harus dipandang sepi.
Keupayaan Muhyiddin dan gerombolannya menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus dijadikan teladan. Bagaimana mereka berupaya menarik “katak” melompat parti harus diberi perhatian.
Tidak mustahil ketika mana kerajaan PN dikatakan goyang dan bakal tumbang, Muhyiddin berjaya memperkukuhkan kembali kedudukannya dalam tempoh penangguhan sidang Parlimen ini. Mk
UMNO kini sedang dilanda ‘taufan’?
Baca Artikel Menarik :
- Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li
- Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil
- Penduduk kampung jerit minta Jokowi buka sekatan
- Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak
- Sajat diberi notis bankrap, gagal bayar ganti rugi
- Resepi kek coklat kukus laku keras
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.