“Senyuman Awak Ada Orang Jaga Tak?” Ini Jawapan Nur Dhabitah Buat Ramai Terkejut [VIDEO]

“Senyuman Awak Ada Orang Jaga Tak?” Ini Jawapan Nur Dhabitah Buat Ramai Terkejut [VIDEO]

Nur Dhabitah Sabri, sememangnya dikenali ramai sebagai atlet terjun negara yang tidak pernah lekang dengan senyuman mengiringi setiap terjunan hebat dalam kejohanan yang disertainya.

Walaupun dicabar sengit oleh jaguh-jaguh dunia lain pada saingan akhir 3 meter papan ajal semalam, namun atlet kelahiran Kuala Lumpur itu tidak pernah patah semangat.

Tampil secara eksklusif di saluran radio Astro, GEGAR pagi ini, Nur Dhabitah berkongsi cerita yang mungkin ramai akan menyifatkan sebagai perkara ‘peribadi’ yang tidak pernah dihebahkan sebelum ini.



Menerusi slot GEGAR Pagi yang dikendalikan penyampai Shah dan Mek Zura, Nur Dhabitah ditanya berkenaan kemungkinan sudah ‘berteman’.

Namun, soalan itu seperti tidak jelas oleh Nur Dhabitah yang minta ia dijelaskan semula.

“Maksud awak? Maksudnya?” katanya.

“Maksudnya, senyuman itu ada yang ’special’ tak yang akan jaga senyuman tu?” soal Shah sekali lagi.

 

Namun, Nur Dhabitah akui soalan itu ‘senang’ untuk dijawab.

“Ohhh… Ok lah, senang. Saya cakap ‘direct’ la yer.

Single but not available,” jawabnya.

Jawapan yang diberikan itu membuatkan kedua-dua pengendali, Shah dan Mek Zura terkejut selain menjerit teruja.



Dalam temu bual itu juga, Nur Dhabitah turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan kepadanya sepanjang kariernya.

Pada Ahad Nur Dhabitah terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan.

Biarpun terlepas peluang menyumbangkan pingat kedua kepada Malaysia hari ini, aksi Nur Dhabitah mencuri tumpuan rakyat Malaysia sehingga menjadi ‘trending’ di media sosial, kerana penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu sentiasa mengukir senyuman sebelum melakukan terjunan.-Awani



“Senyuman Awak Ada Orang Jaga Tak?” Ini Jawapan Nur Dhabitah Buat Ramai Terkejut [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tokyo 2020: Senyuman Nur Dhabitah Paling ‘Win’ Walaupun Tak Bawa Pulang Pingat [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker