Tokyo 2020: Senyuman Nur Dhabitah Paling ‘Win’ Walaupun Tak Bawa Pulang Pingat [VIDEO]

Tokyo 2020: Senyuman Nur Dhabitah Paling ‘Win’ Walaupun Tak Bawa Pulang Pingat [VIDEO]

Malaysia hampir meraih satu lagi pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri mendapat tempat ke-4 dalam aksi final acara 3 meter papan anjal wanita, sebentar tadi.

Penerjun berusia 22 tahun itu menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 326.15, hanya 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.



Keputusan menyaksikan dua peserta dari China Shi Tingmao dan Wang Han masing-masing meraih pingat emas dan perak.

Nur Dhabitah mara ke peringkat final selepas meraih tempat ke-6 dalam saingan separuh akhir pada Sabtu dengan kutipan mata 312.60.



Olimpik Tokyo 2020 | Tangisan kepuasan Nur Dhabitah

Nur Dhabitah sememangnya disenangi ramai bukan sahaja kerana potensinya tetapi juga wajahnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah dalam Sukan Olimpik, selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun.

Beliau juga adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy Ng Yan Yee.



Rata-rata orang ramai memuji sikap juang yang dipamerkan oleh penerjun negara itu dan menyifatkan Nur Dhabitah bakal memperolehi pingat di temasya sama di Perancis tiga tahun lagi.

“Chaiyok Dhabitah, kamu dah bermain elok. Kamu masih muda, tiga tahun lagi bakal bawa pulang emas, sudah cukup dengan senyuman kamu pengubat kami di Malaysia,” ciap @Zaibidi_yusoff.

“Tak apa, dia dah buat yang terbaik, biasalah dalam sukan ni ada menang kalah dia. Dia dah berjuang hari ini,” kata @Noraliyah.



Nur Dhabitah turut pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.-Instagram

Tokyo 2020: Senyuman Nur Dhabitah Paling ‘Win’ Walaupun Tak Bawa Pulang Pingat [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tokyo 2020: Walaupun tempat ke-4, persembahan Dhabitah cukup membanggakan



Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker