3 suspek lolos pusat kuarantin diberkas semula

3 suspek lolos pusat kuarantin diberkas semula

PENAMPANG: Polis menahan tiga daripada empat suspek yang melarikan diri dari pusat kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), di sini, awal pagi tadi.

Tiga suspek terbabit ditahan Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, di sini, pada jam 5.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Mohd Haris Ibrahim berkata, tiga suspek yang ditahan adalah Arripian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, Salman Arip, 19 tahun.

Katanya, seorang lagi suspek yang masih bebas iaitu Mohd Rahman Basir, 24, sedang giat diburu.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan dibantu IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal.

“Pihak polis sedang giat memburu seorang lagi tahanan yang masih bebas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek yang masih diburu diminta segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, keempat-empat tahanan yang disahkan positif Covid-19 melarikan diri dari pusat berkenaan.

Gerakan memburu semua tahanan segera dijalankan pasukan polis yang kemudiannya menemui dua seluar lokap yang ditinggalkan di Kampung Bambangan, Inanam. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

3 suspek lolos pusat kuarantin diberkas semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker