Pengsan di pintu rumah

Pengsan di pintu rumah

Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di pintu rumah di Taman Pelangi Indah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.58 petang itu, mangsa berusia 45 tahun dipercayai terperangkap dalam rumah sebelum disedari penduduk yang menghubungi talian kecemasan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu yang berkunci dan lelaki itu ditemukan di pintu utama.

“Dia berseorangan dalam rumah. Persoalan berapa lama dia terperangkap serta punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kami juga tidak pasti sama ada dia ada masalah kesihatan atau tidak namun rumah didapati dalam keadaan baik,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada petugas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Operasi tamat pada 6.33 petang,” katanya. HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Pengsan di pintu rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker