Lelaki mati dipercayai dibunuh atas katil

Lelaki mati dipercayai dibunuh atas katil

Seorang pengawal keselamatan ditemui mati terbaring di atas katil di sebuah premis di Lorong Ceylon, Bukit Bintang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu.

Laporan dibuat oleh isteri mangsa dan tempat kejadian merupakan kediaman mereka namun tidak dapat dipastikan sama ada ia rumah mangsa atau disewa.

Siasatan mendapati nama pemilik didaftar atas nama rakan mangsa.

“Polis telah menjalankan siasatan berkaitan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya.

“Polis mendapati mangsa mempunyai lebam di kedua-dua belah tangan dan dahi. Bedah siasat akan dijalankan esok pagi bagi menentukan punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Lelaki mati dipercayai dibunuh atas katil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker