Wanita sertai acara berbasikal sambil berbogel selepas diminta netizen

LONDON – Seorang wanita di Britain mengaku bahawa dia gementar menyertai  acara berbasikal sambil berbogel, namun memberanikan diri kerana permintaan pengikutnya di laman Instagram, lapor akhbar Daily Star semalam.

Laura Poole, 29 menyertai acara Menunggang Basikal Berbogel Sedunia di Cardiff, Wales baru-baru ini.

Laura  berkata, penyertaannya pada saat-saat akhir itu adalah setelah mendapat sokongan daripada para pengikutnya di Instagram.

“Saya berfikir adakah saya perlu menyertainya? Jadi, saya memuat naik persoalan itu di Instagram dan tiada seorang pun daripada pengikut saya yang melarang,” katanya.

Tambah Laura, meskipun berasa gementar pada permulan acara, dia menyifatkan pengalaman itu sebagai  penuh dengan elemen positif.

“Ia amat seronok dan mengujakan. Kami ketawa dan bersorak apabila orang ramai melihat ke arah kami.

“Peserta lelaki lebih ramai berbanding wanita dan kebanyakannya lebih berusia daripada saya. Jadi, saya ialah salah seorang peserta termuda,” ujarnya.

Acara Menunggang Basikal Berbogel Sedunia berlangsung di beberapa bandar di seluruh dunia pada musim panas setiap tahun termasuk di Madrid, Toronto, dan Bandar Raya Mexico.

Ia diadakan bertujuan untuk mengetengahkan bahaya yang dihadapi penunggang basikal di bandar-bandar, selain turut menjadi satu daripada cara orang ramai meluahkan perasaan positif terhadap tubuh badan mereka.

Para peserta digalakkan untuk tampil ‘seberani mungkin’ serta sanggup berdepan dengan apa-apa tahap bogel yang mereka selesa. – AGENSI

Wanita sertai acara berbasikal sambil berbogel selepas diminta netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin putuskan tangguh sidang parlimen Isnin ini

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker