Kes aktif Covid-19 hampir 200,000

Sebaran :

Kes aktif Covid-19 hampir 200,000

Malaysia sekali lagi merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 17,786 kes berbanding semalam 16,840 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 11,718 kes dengan 165 kematian dicatatkan dengan 1,062 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 534 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 189,609 kes aktif.

Sebanyak pertambahan 13 kluster tempat kerja dan 12 kluster komuniti direkodkan, manakala keagamaan, kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan, masing-masing satu kluster sekali gus menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 28 kluster baharu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan enam di Selangor, tiga di Johor, dua di Kuala Lumpur manakala Kedah dan Perak, masing-masing satu kluster dan Kluster komuniti, enam di Kelantan, dua di Sarawak manakala Kedah, Perak, Sabah, Selangor, masing-masing satu kluster dan kluster keagamaan, satu di Sabah; kluster kumpulan berisiko tinggi, satu di Johor dan kluster pusat tahanan, satu di Selangor.

Selangor katanya, Industri Jasmine Dua Bukit Beruntung di Hulu Selangor (42), Industri Hulu Tinggi di Petaling (52), Industri Jalan Perak di Kuala Langat, Klang, dan Kuala Selangor (57),
Tapak Bina Persiaran Aman di Kuala Langat (42), Tapak Bina Setia Marina di Sepang (11), Jalan Bawal Tambak di Klang (79) dan Johor, Industri Jalan Bekok-Paloh di Segamat (36), Tapak Bina Jalan Kangkar Tebrau di Johor Bahru (26), Jalan Rami Lima di Muar (31).

“Kuala Lumpur, Jalan Desa Bahagia di Lembah Pantai (39), Tapak Bina Jalan Kuang Bertam di Kepong (11); Dah Perdana Industri Kulim di Kulim dan Baling, Kedah (36); Jalan Besar Tapah di Batang Padang, Perak (25) manakala satu kluster keagamaan, Gambaron 2 di Telupid, Sabah (53); satu kluster kumpulan berisiko tinggi, Jalan Pulai 22 di Johor Bahru, Johor (6) dan satu kluster pusat tahanan, KM4 Dengkil Banting di Sepang, Selangor (61).

“Kluster komuniti pula, Kelantan, Kampung Keluat di Bachok (11), Kampung Nangka Bekelam di Bachok (20), Kampung Tok Kaya di Kota Bharu (8), Kampung Guchil Tujuh di Kuala Krai (27), Kampung Tempoyak Kadok di Kota Bharu dan Pasir Puteh (9), Kampung Tok Sadang 2 di Kota Bharu (11); Sarawak, Jambatan Lemua di Beluru (11), Kampung Git di Kuching (20); Pertak di Hulu Selangor (24); Jalan Corak di Tongod, Sabah (12), Kampung Tengah Pangkor di Manjung, Perak (21) dan Dah Kampung Tengas di Bandar Baharu, Kedah (18),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar kes baharu positif apabila merekodkan sebanyak 6,400 kes diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144) dan Sabah (1,035).

“Lapan negeri dan satu Wilayah mencatatkan kes tiga angka iaitu Negeri Sembilan (929), Terengganu (883), Perak (775), Pulau Pinang (713), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580), Sarawak (485) dan Putrajaya (116).

“Perlis pula mencatatkan 16 kes manakala Labuan, sembilan kes,” katanya.

Mengulas mengenai 165 kematian, beliau berkata, Selangor kekal menjadi penyumbang terbanyak iaitu 52 kes, 30 kes di Johor, 23 kes di Negeri Sembilan, 18 kes di Kedah, masing-masing sembilan kes di Sabah dan Kuala Lumpur, tujuh kes di Pulau Pinang, empat kes di Melaka, masing-masing tiga kes di Perak, Terengganu, dan Sarawak, dua kes di Pahang serta masing-masing satu kes di Kelantan dan Perlis.

“Kematian melibatkan 95 lelaki dan 70 wanita dengan 10 warga asing, 12 kematian di rumah dan 139 pesakit mempunyai latar belakang penyakit,” katanya. Utusan

Kes aktif Covid-19 hampir 200,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM


Sebaran :

Leave a Reply