Nazri kata Takiyuddin perlu mengadap ampun kepada Agong

Nazri kata Takiyuddin perlu mengadap dan ampun kepada Agong. Bagi menjernihkan kembali hubungan di antara Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Istana Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu secara sukarela memohon perkenan untuk sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan beliau.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika mengulas kemelut yang berlaku antara kerajaan dan Istana Negara.

Nazri menjelaskan, Takiyuddin tidak perlu meletak jawatan tetapi mesti mengambil sikap bertanggungjawab dengan memohon perkenan untuk sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon maaf di atas kesilapan yang berlaku.



“Tidak perlu sampai ke tahap itu (letak jawatan). Namun Takiyuddin boleh secara sukarela memohon perkenan untuk sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan beliau.
“Apa usaha sekalipun, kita masih perlu mendaulatkan institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi tertinggi di negara ini.

“Dalam konflik tercetus antara kerajaan PN dan Istana Negara, titah Yang di-Pertuan Agong adalah tepat dan jelas berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Seri Paduka Baginda tidak salah,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Nazri juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak terutama pembangkang bahawa kerajaan PN sudah derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Beliau menjelaskan apa yang berlaku ketika ini hanya disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh Takiyuddin selaku Menteri Undang-Undang.



“Dakwaan itu tidak tepat. Tiada isu kerajaan PN derhaka dan membelakangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Konflik yang tercetus ketika ini hanya disebabkan kesilapan Menteri Undang-Undang,” katanya lagi.
Nazri juga menjelaskan titah penjelasan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung apa yang berlaku adalah tepat.

Beliau juga mempertahankan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara berkenaan.

Nazri kata Takiyuddin perlu mengadap ampun kepada Agong

 




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin putuskan tangguh sidang parlimen Isnin ini



 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker