Dapat Jemputan Solat Jumaat Di Masjid Undang Air Mata Gembira Seorang Bapa [VIDEO]

Sebaran :

Dapat Jemputan Solat Jumaat Di Masjid Undang Air Mata Gembira Seorang Bapa [VIDEO]

Reaksi seorang bapa yang mengalirkan air mata apabila mengetahui dia mendapat jemputan untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran rumahnya di Selangor undang sebak netizen.

Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok @farhahjamaluddin, dia memaklumkan bapanya itu sudah lebih setahun tidak berpeluang menunaikan solat Jumaat di masjid.

@farhahjamaluddin

Setiap hari ayah bersiap nak pergi masjid tapi tak dapat pergi. Selalu tunggu giliran. #ayah #rindumasjid #fypシ #tiktokmalaysia #fypmalaysia #fyp

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

“Selalu bersiap dapat solat di rumah sahaja. Kali terakhir pergi masjid semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, lama kan?.

“Harap lepas ini ayah dapat giliran lagi ke masjid. Semoga ayah terus sihat kuat beribadah,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen turut sebak melihat bapa wanita tersebut mengalirkan air mata sebaik sahaja diberikan kad jemputan dari pihak masjid.

Tidak kurang juga ramai yang mengharapkan keadaan Covid-19 di negara ini segera pulih supaya orang ramai boleh beribadah seperti biasa.

“Pak Cik buat saya menangis, Ya Allah terimalah segala amal kebaikan Pak Cik ini di dunia dan berkatilah hidup mereka sekeluarga,” kata Dadi.

“Sama macam ayah saya, hari itu dia tak mahu vaksin sebab takut, lepas cakap kalau tak vaksin tak boleh pergi masjid terus dia daftar vaksin semata-mata nak ke masjid,” kata Maryan Qin.

“Tiba-tiba teringat Hari Raya tahun lepas, kena solat di rumah. Ayah baca khutbah sambil menangis,” kata Siti. – K! ONLINE

Dapat Jemputan Solat Jumaat Di Masjid Undang Air Mata Gembira Seorang Bapa [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing

Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil


Sebaran :

Leave a Reply