Resepi Cili Bergedil Pedas Berapi

Resepi Cili Bergedil Pedas Berapi

Resepi kali ini merupakan sejenis hidangan yang sesuai dijadikan sebagai pembuka selera.

Cili bergedil ini diinspirasikan dari tauhu bergedil, yang biasanya diisi dengan inti yang diperbuat dengan kentang isi ayam dan beberapa bahan lain. Kemudian inti ini disumbat kedalam tauhu pok. Cuma bezanya bahan yang digunakan didalam resepi ialah cili dan ia juga tidak menggunakan kentang.

Antara bahan digunakan ialah isi ayam dan juga serbuk bawang. Sebelum digoreng cili sumbat ini akan dicelup dengan telur sama seperti tauhu bergedil.

Hasilnya bukan sahaja menarik tetapi juga sedap sekali. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

Cili hijau saiz besar dibelah dan dikeluarkan bijinya.

Bahan-bahan inti ayam

Isi ayam (kisar halus)
1tsp serbuk bawang
1tsp serbuk garlic
1tsp serbuk halia
1tsp serbuk lada sulah
1tsp tepung jagung
1 biji telur
Bawang besar (potong dadu)
Daun bawang (hiris nipis)
Garam dan serbuk perasa

Kaedah

Gaul semua bahan hingga sebati.

Bahan lain

Sebiji telur dipukul sebati

Penyediaan Cili Bergedil

Sumbat isi ayam kedalam cili hijau.

Sediakan kuali dan minyak panas.

Kemudian celup cili dengan telur dan goreng hingga garing.

Siap!

Resepi Cili Bergedil Pedas Berapi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi spagheti seafood sambal merecik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker