Lelaki Misteri Ada Ilmu Diamkan Anjing

Lelaki Misteri Ada Ilmu Diamkan Anjing

Seorang penduduk di Taman Cengal Jaya di sini, masih tidak dapat melupakan kejadian misteri dikunjungi seorang lelaki warga emas berkain pelekat dan bertongkat pada pukul 6 pagi kelmarin.

K. Tiyagarajan, 64, atau mesra dipanggil Peter berkata, lebih mengejutkan, lelaki itu yang ma­­suk ke kawasan rumahnya de­ngan memanjat pagar mampu mendiamkan dua ekor anjing peliharaannya jenis Rottweiler.

Menurut peniaga alat ganti kenderaan itu, selepas berjaya masuk, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an tersebut dilihat berlegar-legar di kawasan rumah.

“Sebelum itu, saya dengar bunyi salakan anjing, saya sangka musang masuk sebab rumah saya terletak bersebelahan kebun kelapa sawit.

“Biasanya anjing ini menyalak lama, tetapi kea­daan itu tidak berlaku semalam (kelmarin) lalu saya intai melalui tingkap bilik di tingkat bawah yang terletak bersebelahan kandang haiwan tersebut,” katanya di sini semalam.

Peter melihat anjing peliharaannya jenis Rottweiler yang dikatakan diam selepas dikunjungi seorang lelaki misteri kelmarin.

Peter terkejut apabila lelaki misteri itu turut mengintai lalu menjerit memanggil dua anak lelakinya yang tidur di tingkat atas.

Jelasnya, dia nampak dengan jelas wajah warga emas itu yang didakwa berlainan daripada orang biasa, manakala anjingnya pula hanya diam memerhatikan mereka tanpa menyalak.

“Saya bertanya kepada lelaki itu mengenai tujuannya dan minta dia beredar segera sebelum saya menghubungi polis.

“Dia beritahu mencari kakak kandungnya yang tinggal di sini dan mempunyai ilmu untuk men­diamkan anjing,” katanya.

Mendengar pengakuan itu, Peter dan isterinya, M. Mageswari, 74, semakin takut dan meminta anak mereka merakam gelagat lelaki tersebut.

Ceritanya, warga emas itu bukan penjenayah kerana bara­ngannya tidak dilarikan.

Peter menunjukkan kesan kotoran pada dinding pagar rumahnya.

“Dia sempat bertanya adakah urusan (merakam gambar) sudah selesai. Kemudian dia panjat pagar dan pergi ke kereta jenis Proton Iswara berwarna merah sebelum beredar,” katanya. Peter membuat laporan di Ba­lai polis Sungai Petani.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Serbuan dilakukan di rumah lelaki itu di sebuah taman perumahan 4 kilometer dari lokasi kejadian semalam.

“Semakan mendapati dia yang tinggal bersama isteri dikatakan tidak waras dan tiada tindakan diambil terhadapnya,” katanya.- K! ONLINE

Lelaki Misteri Ada Ilmu Diamkan Anjing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing

Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker