Messi ketuai ‘kuda tua’ tinggalkan Piala Dunia

Messi ketuai ‘kuda tua’ tinggalkan Piala Dunia

Lionel Messi meninggalkan pentas Piala Dunia buat kali terakhir dengan cara paling dramatik awal pagi tadi, mengetuai senarai panjang pemain ternama yang mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan terbesar bola sepak itu.

Messi memukau di Doha ketika Argentina menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail selepas salah satu final terhebat dalam sejarah berakhir 3-3, dengan penyerang itu meledak dua gol.

Pemain berusia 35 tahun itu meraih anugerah Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan Piala Dunia, tetapi kurang satu gol di belakang Kylian Mbappe dalam perebutan Kasut Emas.

Ia cerita yang sama sekali berbeza di Qatar buat Cristiano Ronaldo, yang mendominasi bola sepak dalam satu generasi seiring Messi.

Bintang berusia 37 tahun itu, yang kini tidak mempunyai kelab, terpaksa menelan hakikat di sebalik kehebatannya dia tidak lagi menjadi pemain pilihan kesebelasan utama Portugal, pasukan yang diketuainya dalam tempoh yang lama.

Ronaldo menuju ke terowong dalam tangisan selepas kekalahan mengejut pasukannya 1-0 di tangan Maghribi pada suku akhir, menyedari peluang terakhirnya untuk menjulang trofi itu berkubur.

“Dalam lima Piala Dunia saya bermain, sering kali di samping pemain hebat dan disokong berjuta-juta rakyat Portugal, saya memberikan segala-galanya,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Neymar juga kecewa selepas penyingkiran Brazil pada suku akhir di tangan Croatia, berkata dia “hancur luluh secara psikologi” dan membayangkan dia mungkin beraksi perlawanan terakhir buat negaranya.

Penyerang berusia 30 tahun itu terlepas dua perlawanan di Qatar kerana kecederaan namun kembali untuk menyamai rekod jaringan Pele dengan 77 gol bersama Selecao.

Selain tiga pemain itu, beberapa kuda tua turut berasakan Qatar sebagai medan terakhir mereka bagi Piala Dunia.

Antaranya Luka Modric dari Croatia (37 tahun), Robert Lewandowski dari Poland (34), Luis Suarez dari Uruguay (35), pemain Jerman, Thomas Mueller (33), bintang Belgium, Eden Hazard (31), Gareth Bale dari Wales (33) dan pemenang Ballon d’Or dari Perancis yang tidak berpeluang untuk beraksi Karim Benzema (34). BH

Messi ketuai ‘kuda tua’ tinggalkan Piala Dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker