Beza antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan Ordinan Darurat – Prof Shamrahayu
Beza antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan Ordinan Darurat. Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz menjelaskan perbezaan antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan pembatalan Ordinan Darurat.
“Darurat itu memang komitmen kerajaan, tidak mahu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan darurat selepas 1 Ogos itu tiada masalah.
“Tetapi ordinan itu boleh beroperasi selepas masa darurat dalam masa enam bulan sekiranya tidak ditarik balik atau dirungkaikan oleh Parlimen,” katanya.
“Jadi pada saya kepentingan undang-undang darurat itu haruslah dihargai oleh semua Ahli Dewan. Kalau mereka setuju nyatakan setuju, dan kalaupun tidak setuju nyatakan ketidaksetujuan itu dalam perbahasan di Parlimen,” ujarnya.
Oleh hal yang demikian sepertimana yang dikatakan, katanya adalah penting supaya ordinan-ordinan tersebut dibentangkan dan diperbahaskan di Parlimen terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada mahu diteruskan atau tidak.
Bagaimanapun, jelasnya, ia tetap memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum sesuatu keputusan itu menjadi sah, berlandaskan apa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Shamrahayu berkata, dengan membahaskannya di Parlimen barulah rakyat yang melihat dan mendengar jelas tentang di tahap mana sebenarnya komitmen Ahli-Ahli Dewan dalam membuat keputusan terbaik sebagai solusi kepada krisis kesihatan dan ekonomi khususnya yang melanda negara ketika ini.
“Dari segi undang-undang begitulah, kita sebagai rakyat pun yakin (dengan keputusan yang dibuat) sebab ia telah dibahaskan oleh kesemua Ahli yang kita pilih melalui demokrasi,” katanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa amalan demokrasi itu perlu kembali kepada dasar Perlembagaan Persekutuan, menghormati peranan Raja Berperlembagaan sebagai Ketua Negara.
Menurutnya, kita dan khususya mereka yang berada di dalam sistem eksekutif, perlu memahami bahawa Raja Berperlembagaan tidak hanya menerima nasihat daripada kerajaan tetapi juga berkuasa untuk memberi nasihat dan kata putus di peringkat negeri mahupun persekutuan.
“Ini adalah sebenarnya prinsip-prinsip yang sebenarnya ada disebut dalam dokumen sejarah atau laporan Suruhanjaya Reid itu menyebutkan pada perenggan 58 di yang menyebutkan tentang peranan Raja Berperlembagaan itu.
“Walaupun diakui pada akhirnya sememangnya Raja Berperlembagaan itu mengikut nasihat, tetapi bukanlah nasihat yang tidak diikuti atau dipatuhi dengan peraturan-peraturan di bawah kedaulatan undang-undang,” ujarnya.
Beza antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan Ordinan Darurat – Prof Shamrahayu
Baca Artikel Menarik :
- Bina Hospital Di Lapangan Terbang
- Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti
- Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi
- SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan
- Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan
- Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid
You must be logged in to post a comment.