Mokhzani pula disiasat SPRM

Mokhzani pula disiasat SPRM

Selepas Mirzan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu, kini tiba giliran seorang lagi anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mohkzani, dipanggil agensi siasatan sama hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, Mokhzani yang juga ahli perniagaan hadir ke ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 11 pagi tadi, dipercayai berkaitan notis pengisytiharan harta.

BH difahamkan, Mokhzani disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Semalam BH melaporkan, beberapa pihak dan individu tertentu dijangka menerima notis pengisytiharan mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM, dalam tempoh terdekat ini.

Azam yang mengesahkan perkara itu berkata, beberapa pihak akan menerima notis berkenaan untuk siasatan lanjut SPRM.

“Ya akan ada mereka yang menerima notis itu,” katanya.

Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis.

Selasa lalu, isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, didakwa di Mahkamah Sesyen kerana gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan harta.

Toh Puan Na’imah Khalid didakwa memberi satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November lalu yang dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu membabitkan dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd serta dua Mercedes Benz, selain lapan hartanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

SPRM juga mengesahkan sudah mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa Daim. BH

Mokhzani pula disiasat SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker