Sidang parlimen ditangguh kerana Covid-19
Sidang parlimen ditangguh kerana Covid-19
Sidang Parlimen sekali lagi tangguh hingga jam 5.15 petang berikutan terdapat dua kes Covid-19 dikesan
Persidangan Khas Dewan Rakyat petang ini sekali lagi ditangguh sehingga jam 5.15 petang berikutan dimaklumkan terdapat dua kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen.
Arahan itu dikeluarkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon semasa sesi petang persidangan yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang tadi.
Katanya maklumat itu dimaklumkan kepada parlimen melalui surat Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan surat itu, katanya, penilaian risiko daripada siasatan awal menunjukkan kedua-dua kes tersebut dikhuatiri berada di beberapa lokasi di sekitar parlimen.
“Sehubungan itu, dipohon saringan gejala dan ujian pengesanan dijlankan ke atas semua yang hadir dan berada di parlimen termasuk semua ahli parlimen, pegawai, dan pekerja-pekerja.
“Tiada siapa dibenarkan keluar dari kompleks parlimen sehingga keputusan diperolehi,” katanya.
Kata Mohd Rashid ujian saringan akan dijalankan di lokasi ditetapkan dan keutamaan diberikan kepada ahli parlimen.
“Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang,” katanya disambut sorakan ahli-ahli parlimen.
Anwar bagaimanapun berkata ia hanya alasan kerajaan kerajaan takut dengan usul yang dibawanya.
Berita lanjut menyusul
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Sidang parlimen ditangguh kerana Covid-19
Baca Artikel Menarik :
- Bina Hospital Di Lapangan Terbang
- Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti
- Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi
- SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan
- Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan
- Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid