Mahathir dakwa Muhyiddin sengaja berbohong di parlimen

Mahathir dakwa Muhyiddin sengaja berbohong di parlimen

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Muhyiddin Yassin sengaja berbohong kepada parlimen dalam isu pembatalan ordinan darurat.

Menurut Mahathir sepatutnya presiden Bersatu itu tahu dia tidak memiliki kuasa untuk membatalkan ordinan terbabit tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Tapi pengumuman (pembatalan) tersebut tetap dibuat seolah-olah dia ada kuasa tersebut sedangkan ia terletak pada tangan Agong semasa darurat.

“Walaupun Muhyiddin tidak mengumumkan pembatalan tersebut pada 26 Julai lalu dan ia dilakukan Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan, Muhyiddin tidak boleh berlepas diri daripada tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Mahathir yang juga ahli parlimen Langkawi menambah Muhyiddin tidak cuba pun untuk membetulkan keadaan apabila Takiyuddin membuat pengumuman tersebut.

Muhyiddin juga katanya tidak melarang Takiyuddin walaupun dia duduk betul-betul di depan kerusi setiausaha agung PAS itu semasa di Dewan Rakyat.

“Muhyiddin juga tidak membuat sebarang penjelasan pada hari-hari berikutnya,” kata Mahathir. Mk

[Laporan lanjut menyusul]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Mahathir dakwa Muhyiddin sengaja berbohong di parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker