Kenderaan TPM, menteri keluar kediaman Muhyiddin
Kenderaan TPM, menteri keluar kediaman Muhyiddin
Sebuah kenderaan dipercayai membawa seorang menteri kanan keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bukit Damansara, di sini, jam 5.22 petang tadi.
Menteri kanan yang dipercayai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu keluar selepas lebih empat jam berada di kediaman Muhyiddin.
Ismail Sabri dikatakan terus ke Parlimen sejurus selepas itu.
Turut keluar, tiga kenderaan yang dipercayai membawa menteri, termasuk seorang menteri yang berasal dari Kelantan.
Ketika ini beberapa menteri, termasuk pegawai tertinggi kerajaan masih berada di kediaman Muhyiddin sejak jam 12.30 tengah hari tadi.
Petugas media tempatan ketika ini masih berada di luar kawasan rumah Perdana Menteri.
Dalam kenyataan Istana Negara hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin lalu, bahawa kerajaan sudah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong juga amat dukacita kerana apa yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan. BH
Kenderaan TPM, menteri keluar kediaman Muhyiddin
Baca Artikel Menarik :
- Bina Hospital Di Lapangan Terbang
- Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti
- Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi
- SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan
- Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan
- Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid