Ismail umum berita gembira buat warga Kemas

Ismail umum berita gembira buat warga Kemas

Kerajaan meluluskan elaun kenaikan Pembantu Pembantu Pembangunan Masyarakat Sukarel (PMS) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari RM500 kepada RM800 membabitkan 4,423 kakitangan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri turut mengumumkan lebih 4,000 ahli Persatuan Bekas Kakitangan KEMAS (PBAKM) akan menikmati kenaikan elaun dari RM300 ke RM500.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan sedia meneliti dan menyokong cadangan lima cadangan bagi menghargai jasa, sumbangan dan tenaga kakitangan Kemas dalam melaksanakan segala usaha untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan masyarakat luar bandar di negara ini.

Jelasnya, cadangan pertama itu adalah tempoh kelayakan pegawai kontrak perkhidmatan ke lantikan jawatan tetap yang dipendekkan dari 15 tahun kepada sepuluh 10 tahun. Ia melibatkan kira-kira 4,322 orang pegawai dan kakitangan Kemas berjawatan kontrak perkhidmatan yang telah berkhidmat lebih 10 tahun tetapi kurang 15 tahun.

Yang kedua jelas beliau, kerajaan menyokong kelonggaran syarat pegawai lantikan kontrak perkhidmatan yang berkhidmat lebih 10 tahun tetapi kurang dari 15 tahun untuk dilantik dalam jawatan tetap.

Kata beliau, dasar itu dipanjangkan juga kepada lantikan kontrak perkhidmatan pada atau sebelum 11 Oktober 2020 yang sebelum ini hanya diluluskan kepada pegawai lantikan kontrak sebelum atau pada 23 Oktober 2015.

“Cadangan ketiga pula adalah memberikan dua gred kenaikan pangkat bagi skim-skim perkhidmatan iaitu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Taman Bimbingan Kanak-Kanak Tabika/Taska dan Pembangunan Kemahiran & Komuniti Gred S29 kepada gred S32 dan Gred S38.

“Cadangan keempat membabitkan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 kepada dua Gred S22 dan S26. “Akhir sekali, saya menyokong Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan dapat memberikan kerjasama dan memberikan bantuan serta kepada KEMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Jabatan Kemajuan Masyarakat di MAEPS di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menambah, sebagai pendidik masyarakat, warga Kemas bertanggungjawab membentuk generasi akan datang yang berdaya tahan dari aspek fizikal dan mental serta membina daya intelek.

Justeru ujar beliau, Pendidik Masyarakat (PM) Tabika dan Taska Kemas perlu mempunyai wawasan unggul, berpemikiran aras tinggi dan kritis, berkeupayaan berkomunikasi serta mempunyai keyakinan kendiri.

“Saya gembira kerana Kemas telah mengambil inisiatif memperkenalkan program STREAM (atau Science, Technology, Religion, Engineering, Arts and Mathematics) yang diperluas ke semua Tabika Kemas seluruh negara bagi menarik minat kanak-kanak terhadap bidang sains dan teknologi.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada Kemas kerana dianugerahkan Trusted Brand Reader’s Digest, satu pengiktirafan di peringkat Asia,” katanya.

Kemas merupakan perintis pendidikan awal kanak-kanak melalui penubuhan Tabika pada tahun 1970 dan Taska Kemas pada tahun 1995 kerana kanak-kanak merupakan aset paling bernilai sebagai pewaris bangsa kita, bangsa Malaysia.

Sehingga kini, Kemas mempunyai 10,744 buah kelas Tabika yang disertai oleh 208,347 orang kanak-kanak dan sebanyak 545 buah kelas Taska Kemas yang menyaksikan 9,973 orang kanak-kanak diberikan pendidikan awal berkualiti terutamanya di luar bandar termasuk di pulau dan juga kawasan orang asli. MG

Ismail umum berita gembira buat warga Kemas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker