Derhaka kepada Agong, Pemuda Umno desak Muhyiddin letak jawatan segera

Derhaka kepada Agong, Pemuda Umno desak Muhyiddin letak jawatan segera. Pemuda Umno mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan kerana jelas melanggar sumpah untuk sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pemuda turut mendesak supaya Ahli Parlimen Umno menzahirkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

“Bagi Pemuda Umno, tindakan kerajaan ini jelas merupakan satu bentuk penderhakaan kerana membelakangi titah Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara.

“Justeru, Pemuda Umno mendesak supaya Muhyiddin Yassin untuk segera meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri kerana jelas melanggar sumpah jawatan untuk sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat, walhal ia belum lagi diperkenan baginda.

Istana Negara Kecewa dengan Kenyataan Kerajaan Di Dewan Rakyat

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Agong menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

“Kenyataan Media Istana Negara juga mendedahkan bahawa kerajaan dengan sengaja ingkar dan melanggar titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang jelas mahu cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan (pengundian) sejajar dengan maksud Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan,” kata Asyraf lagi.

Derhaka kepada Agong, Pemuda Umno desak Muhyiddin letak jawatan segera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Iktibar pembatalan darurat tanpa perkenan YDPA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker