Agong dukacita: Ketua pembangkang tuntut PM letak jawatan
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan susulan kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung isu Proklamasi Darurat.
“Ini menunjukkan Kabinet yang diketuai Tan Sri Muhyiddin melanggar Perlembagaan menghina instusi raja Perlembagaan termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri mengelirukan Dewan.
“Oleh yang demikian, kita menuntut Perdana Menteri meletak jawatan,” ujarnya hari ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan pengumuman pembatalan darurat di Parlimen.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin dalam satu kenyataan hari ini.
“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal belum lagi diperkenan baginda,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Baca Artikel Menarik :
- Bina Hospital Di Lapangan Terbang
- Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti
- Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi
- SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan
- Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan
- Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid
Istana Negara Kecewa dengan Kenyataan Kerajaan Di Dewan Rakyat