Shaheizy Sam Tipu Syatilla? ‘Sampai Hati Awak Tipu Saya’-Syatilla Melvin [VIDEO]

Sebaran :

Shaheizy Sam Tipu Syatilla? ‘Sampai Hati Awak Tipu Saya’-Syatilla Melvin [VIDEO]

“Selepas 11 tahun dengan Sam, hari ini, Allah nak tunjuk! Ya Allah, kenapa sampai hati awak tipu saya.”

Demikian kata pelakon, Syatilla Melvin meluahkan rasa terkilannya terhadap sikap suaminya, Shaheizy Sam yang menyembunyikan sesuatu.

Namun, itu hanyalah gurauan semata-mata kerana apa yang dikongsikan Syatilla adalah kemiripan wajah suaminya dengan atlet angkat berat Uzbekistan, Adkhamjon Ergashev.

“Awak tak jujur! Semalam, awak keluar cakap nak pergi Bukit Jelutong sekejap saja! Kenapa tak terus terang saja cakap awak kena lari pergi stadium?

“Saya sumpah, okay kalau awak jujur! Lama aku tunggu ikan kembung, bunga kantan semalam nak buat laksa tapi tak sampai-sampai.

“Alih-alih, hari ini kantoi video awak masuk TV,” tulisnya di Instagram mengiringi gambar suaminya dan potongan video atlet itu.

Tidak berdiam diri, Sam membalas dengan permohonan maaf di Instagram.

“Saya terpaksa rahsiakan kepada awak. Maafkan saya Malaysia. Tak ada sesiapa patut tahu saya merentas negeri,” tulisnya.

Sam juga turut menanda (tag) nama Instagram atlet itu.

Rata-rata memberi komen tercuit dengan gurauan suami isteri itu sekaligus yang benar-benar mencuit hati.

VIDEO DIBAWAH:

Sumber: Instagram Shaheizy Sam/ Samtilla

Shaheizy Sam Tipu Syatilla? ‘Sampai Hati Awak Tipu Saya’-Syatilla Melvin [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

[VIDEO] “Tak Nak Buang Masa, Saya Minta Maaf” – Syatilla Melvin Minta Maaf Kerana Tidak Sensitif


Sebaran :

Leave a Reply