31 meninggal di rumah, lumpuhkah sistem kesihatan?

31 meninggal di rumah, lumpuhkah sistem kesihatan?

Pemimpin Umno hari ini mempersoalkan apakah sistem kesihatan negara sudah lumpuh apabila 31 individu yang dikaitkan dengan Covid-19 meninggal dunia di rumah.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Razlan Rafii, berkata negara mencatat angkat kematian melebihi 200 orang selama dua hari berturut-turut.



“31 meninggal dunia di rumah, adakah sistem kesihatan sudah lumpuh? Dua hari berturut-turut kadar kematian 200 ke atas, kluster kilang/tempat kerja yang baru ditambah 25, jumlah kluster terbanyak yang dicatatkan. Mati di rumah 31 orang.

“Dr Noor Hisham memberi amaran pada 7 Julai ketika kes melepasi angka 7,000 bahawa sistem kesihatan negara akan lumpuh, ‘red alert’, hari ini kes sudah menjangkau 16,000.

“Nasi sudah menjadi bubur, masa yang berlalu sudah tidak dapat dibawa balik, nyawa rakyat yang ramai terkorban tiada nilai gantian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia dua hari berturut-turut mencatatkan kes kematian melebihi 200 akibat Covid-19.



Semalam, 207 kes kematian direkodkan dan menjadi paling tinggi pernah direkodkan semenjak virus berkenaan melanda negara.

Seramai 1,023 pesakit Covid-19 direkodkan sedang mendapat rawatan di ICU semalam, juga jumlah paling tinggi dicatatkan setakat ini.

Berdasarkan data dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 8,408.

Dalam pada itu, Razlan berkata kesilapan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membuat keputusan penting terus membawa kepada bencana kepada negara.



“Di awal bulan Ramadan, disuruh tutup, tidak mahu didengar, selepas raya puasa, dirayu tutup juga tidak dipeduli, apabila sudah sampai sistem kesihatan nak lumpuh, baru di umumkan ‘lockdown’, itu juga gagal.

“…’Lockdown’ separuh masak berjalan selepas satu bulan, kereta bertambah, kilang-kilang diberi kebenaran buka walaupun kilang arak oleh MiTi, rakyat menjadi bahan taruhan demi kekayaan mereka,” katanya lagi. Mk

31 meninggal di rumah, lumpuhkah sistem kesihatan?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker