Jururawat kongsi kisah seram ‘diusik’ dalam ambulans

Jururawat kongsi kisah seram ‘diusik’ dalam ambulans

Seorang jururawat melalui pengalaman menyeramkan apabila video yang dirakam ketika dia berada di dalam sebuah ambulans mengandungi suara wanita bersenandung sedangkan ketika itu dia berada seorang diri.

Kejadian yang berlaku pada 17 Julai lalu itu hanya disedari oleh jururawat wanita berkenaan ketika dia memainkan semula rakaman tersebut semasa dia hendak memadamkan vidoe yang dirakam di dalam telefon bimbitnya.

Pengalaman menyeramkan itu didakwa berlaku ketika jururawat itu dalam perjalanan pulang ke Hospital Seberang Jaya dari Hospital Kepala Batas pada pukul 4 pagi.

Video berkenaan dimuatnaik di laman TikTok jururawat berkenaan.

Katanya, ketika kejadian dia berada bersendirian di bahagian belakang ambulans manakala pemandu ditemani seorang pembantu perubatan lelaki.

“Video ini kami (saya) rakam minggu lepas masa pergi kerja syif malam. Entah kenapa rajin pula rakam.

“Hari ini (22 Julai) kami rasa hendak padam video ini. Lagi pun niat nak muat naik status malam tu sebab ketika itu kami terlalu penat,” tulisnya di dalam video tersebut.

Bagaimanapun tambahnya, bila menonton semula, dia terkejut apabila mendengar suara wanita seakan suaranya sedang bersenandung dengan nada mengikut rentak lagu.

“Sumpah itu bukan suara kami. Kami seorang saja di belakang masa itu. Taubat lah kami tidak mahu rakam-rakam lagi lepas ini,” katanya.

Menurut jururawat itu, ketika itu dia begitu keletihan dan keadaan di dalam ambulans panas hingga menyebabkan dia berpeluh.

Rata-rata netizen meninggalkan komen berasa simpati dengan jururawat berkenaan yang ‘diusik’ namun ada juga yang berjenaka: “benda-benda macam ni percaya. Tuhan dan Covid-19 tak mahu percaya pula,” kata @FellowJollow.
K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Jururawat kongsi kisah seram ‘diusik’ dalam ambulans


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker