Katil Anti-Maksiat Untuk Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020

Katil Anti-Maksiat Untuk Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020

Atlet kini sedang berkampung di Sukan Olimpik Tokyo dengan misi untuk memenangi emas dalam acara yang dipertandingkan. Antara cerita yang menarik sebelum bermulanya Olimpik, katil yang bakal digunakan oleh para atlet diperbuat daripada kadbod dan anti-maksiat.

Di laman sosial, beberapa atlet mula berkongsi gambar tempat tidur yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Airweave. Ia adalah katil yang boleh dikitar semula dan merupakan tempat tidur pertama di temasya tersebut yang diperbuat hampir sepenuhnya dari bahan yang boleh dikitar semula.



Olimpik kali ini berlangsung dengan berbeza apabila pihak penganjur dan kerajaan Jepun sangat mementing prosedur operasi standard dipatuhi oleh semua atlet bagi mengelak penularan wabak COVID-19. Disebabkan itu, katil kitar semula ini difahamkan adalah salah satu cara oleh pihak penganjur untuk mengelak berlakunya hubungan seksual di antara para atlet di perkampungan Olimpik.

Paul Chelimo, pelari jarak jauh dari Amerika Syarikat mendakwa di Twitter bahawa tempat tidur yang disediakan ini tidak mampu untuk menyokong lebih dari satu orang dan ia “bertujuan untuk menghindari hubungan akrab di antara atlet.”



Manakala bagi Rhys McClenaghan, atlet gimnastik dari Ireland mempunyai teori lain mengenai katil anti-maksiat tersebut. Dia berjaya membuktikan bahawa teori Paul Chelimo itu salah dengan merakam video dia melompat di tempat tidur tersebut. Dia membuktikan bahawa katil tersebut sebenarnya mampu menahan lebih dari dua orang. Ciapan Rhys kemudiannya di ulang ciap oleh akaun rasmi Olimpik dengan mengucapkan terima kasih kepada Rhys kerana berjaya membongkarkan mitos tersebut.

Difahamkan bahawa tempat tidur tersebut bakal turut digunakan oleh atlet Paralimpik yang akan turun ke Tokyo mulai bulan depan. Airweave dalam satu kenyataan berkata bahawa katil tersebut sebenarnya mempunyai kekuatan yang lebih baik daripada katil yang diperbuat daripada kayu atau keluli.

Bagaimanapun, walaupun Rhys berjaya membuktikan bahawa katil itu mampu menahan lebih dari satu orang. Para pegawai Olimpik menitikberatkan agar semua atlet untuk tidak menggunakan katil tersebut untuk tujuan lain. Buku panduan yang menggariskan langkah-langkah keselamatan menasihatkan para peserta untuk “menghindari bentuk hubungan fizikal yang tidak perlu seperti pelukan, high-five dan bersalaman.”

Selain itu, penjualan alkohol juga dilarang sama sekali di Olimpik Tokyo kali ini. Manakala kondom yang diedarkan secara percuma juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang mereka berada di perkampungan Olimpik. Para pegawai menjelaskan bahawa para atlet hanya dibenarkan untuk menggunakan kondom tersebut setelah pulang ke negara asal.



Sekatan-sekatan ini bertujuan untuk mengelak daripada tersebarnya wabak COVID-19 sepanjang sukan Olimpik dijalankan, terutama sekali selepas varian Delta mula menyerang beberapa negara di seluruh Asia. Dan katil anti-maksiat yang sebelum ini heboh diperkata orang sebenarnya hanylah mitos, ia dibuat dari kadbod dengan tujuan untuk kitar semula.-TVC /NY Post

Katil Anti-Maksiat Untuk Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Siti Nordiana buat laporan polis

Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker