Zahid mahu Menteri Umno letak jawatan jika ordinan darurat dilanjutkan

Zahid mahu Menteri Umno letak jawatan jika ordinan darurat dilanjutkan. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu memutuskan bahawa semua menterinya, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu melepaskan jawatan mereka sekiranya ordinan darurat terus berkuatkuasa selepas 1 Ogos.

“Memenuhi dan mentaati ketetapan parti pada 25 April 2021 bahawa sekiranya Darurat (Proklamasi dan Ordinan-Ordinannya) diteruskan selepas 1 Ogos 2021, maka ahli-ahli parlimen akan menarik sokongan dan menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan pengerusi-pengerusi GLC daripada Umno akan meletakkan jawatan,” katanya pada satu kenyataan malam ini.

Dia berkata demikian ketika menyampaikan desakan Umno bahawa pengisytiharan dan ordinan darurat mesti dimansuhkan semasa sidang khas parlimen esok.



Memetik Perlembagaan Persekutuan, Zahid berkata menurut Perkara 150 (7), peraturan darurat akan terus berkuatkuasa selama enam bulan lagi setelah berakhirnya proklamasi darurat kecuali dimansuhkan oleh parlimen.

Walau bagaimanapun, kertas aturan mesyuarat Dewan Rakyat menunjukkan proklamasi dan ordinan darurat hanya akan dibentangkan tanpa petunjuk ada perbahasan atau undian usul.

“Ahli-ahli parlimen Umno mesti menzahirkan pendirian parti untuk mengusulkan agar parlimen mesti membahaskan dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya.

“Ahli-ahli parlimen Umno mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya,” katanya.



Zahid berkata ini berdasarkan kepercayaan bahawa keadaan darurat, yang dikatakan diisytiharkan dengan alasan memerangi wabak Covid-19 telah gagal.

“Pelaksanaan darurat yang ternyata gagal untuk mengekang dan menangani pandemik Covid-19, sebaliknya sebagai muslihat politik dan alat memandulkan sistem demokrasi berparlimen,” dakwanya.

Ketika darurat berkuatkuasa pada 11 Januari, negara mencatatkan 2,232 jangkitan Covid-19 baru dengan 28,554 kes aktif pada masa itu.

Hari ini negara menyaksikan rekod paling tinggi 17,045 jangkitan baru manakala jumlah kes aktif meningkat menjadi 160,903 dengan kes keseluruhan melepasi angka sejuta.



Zahid menegaskan menjadi pendirian Umno untuk bukan sekadar mengakhiri darurat tetapi juga memansuhkan Ordinan Darurat agar ia tidak terus berkuatkuasa selama enam bulan lagi.

Tegasnya pendirian Umno juga sejajar dengan saranan titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang tidak mahu darurat diteruskan dan agar ordinan darurat dibahaskan di parlimen.

Zahid mahu Menteri Umno letak jawatan jika ordinan darurat dilanjutkan

 




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid beri amanah Ahli Parlimen Umno harus undi batal kuasa darurat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker