Israel bunuh 29 penduduk Gaza tunggu bantuan

Israel bunuh 29 penduduk Gaza tunggu bantuan

Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan dalam dua serangan berasingan Israel di Semenanjung Gaza semalam, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Dalam kejadian pertama, pegawai kesihatan Palestin berkata, lapan orang terbunuh dalam serangan udara ke atas pusat pengedaran bantuan di kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Kemudian, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan lebih 150 lagi cedera akibat tembakan Israel ke arah orang ramai yang menunggu trak bantuan di bulatan utara Gaza.

Bagaimanapun, tentera Israel dilihat enggan bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan itu.

Konflik Gaza selama lima bulan menyebabkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk di kawasan itu kehilangan tempat tinggal dan mereka terpaksa berebut ketika pengagihan bantuan akibat kelaparan.

Di Deir Al-Balah, juga di tengah Gaza, bedilan peluru berpandu Israel memusnahkan sebuah rumah, menyebabkan sembilan penghuninya terbunuh.

Penduduk berkata, pengeboman udara dan darat Israel berterusan semalaman di seluruh kawasan itu, termasuk di selatan Rafah di mana lebih sejuta pelarian berpindah untuk berlindung.

Perang bermula dengan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu di selatan Israel, menyebabkan 1,200 orang terbunuh dan 253 diculik sebagai tebusan, mengikut pihak berkuasa Israel.

Sejak itu, serangan balas Israel yang masih berterusan sekarang sudah mengorbankan lebih 31,000 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 71,500 mangsa, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Usaha mencapai pengisytiharan gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas setakat ini gagal dan tidak menampakkan sebarang potensi untuk berjaya.

Walaupun Israel berkata ia mencari perjanjian yang akan menjamin pembebasan tebusan di Gaza sebagai pertukaran untuk membebaskan rakyat Palestin yang dipegang oleh Israel, Hamas menegaskan perjanjian harus mempersetujui penamanatan perang.

Semalam, Hamas berkata, ia menyampaikan kepada pengantara visi komprehensif mengenai perjanjian gencatan senjata.

Ia merangkumi pemberhentian apa yang dipanggil pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, memberikan bantuan, kembalikan penduduk Gaza ke rumah mereka dan penarikan balik tentera Israel dari Gaza.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pendirian baharu Hamas adalah berdasarkan ‘permintaan yang tidak munasabah’.

Hamas juga menggesa protes dan peningkatan serangan terhadap Israel di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis pada hari ini, hari pertama solat Jumaat pada bulan suci Ramadan. BH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker