Rusia heret Ukraine ke mahkamah Eropah atas nahas MH17

Rusia heret Ukraine ke mahkamah Eropah atas nahas MH17

MOSCOW: Rusia memfailkan aduan terhadap Ukraine di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, dengan menyalahkan Kiev atas nahas penerbangan MH17 pada 2014 serta kematian orang awam di Rusia dan Ukraine.

Pejabat pendakwa raya dalam kenyataan berkata, Rusia menghantar “aduan antara negara terhadap Ukraine berdasarkan Artikel 33 Konvensyen Perlindungan Hak dan Kebebasan Asasi” ke mahkamah berpangkalan di Strasbourg itu.

Rusia menyalahkan pihak berkuasa Kiev atas kematian orang awam ketika kebangkitan popular pada 2014 dan konflik dengan pemisah disokong Rusia di timur negara itu yang meragut lebih 13,000 nyawa.

Moscow berkata, tembakan pasukan tentera Ukraine membunuh dan mencederakan orang di selatan Rusia.

“Pasukan tentera Ukraine melancarkan pertempuran yang membawa ancaman nyata kepada kehidupan dan kesihatan warga Rusia yang tinggal di kawasan sempadan dan memaksa ribuan warga Ukraine berlindung di Rusia.”

Dalam aduan itu, Moscow menyalahkan pihak berkuasa Ukraine atas kematian 298 kru dan penumpang penerbangan MH17, Boeing 777 yang ditembak jatuh oleh sistem misil pada Julai 2014, dengan berkata Kiev enggan menutup ruang udara di timur Ukraine yang berdepan peperangan.

Siasatan antarabangsa menyimpulkan misil BUK yang menembak jatuh pesawat itu, berasal dari briged misil antipesawat tentera Rusia ke-53 yang berpangkalan di bandar Kursk.

Pendakwa raya Rusia mendakwa Kiev mendiskriminasi penutur dan syarikat Rusia, selain memotong bekalan air bersih ke Crimea.

Hubungan Ukraine dan Rusia musnah selepas kebangkitan proBarat di Kiev pada 2014 yang menggulingkan rejim disokong Kremlin.

Kiev dan sekutu Baratnya mendakwa Moscow menghantar tentera dan senjata merentasi sempadan untuk menyokong pemisah Ukraine.

Selepas gencatan senjata pada separuh kedua 2020, ketegangan meningkat semula tahun ini, khasnya selepas Moscow mengerahkan kira-kira 100,000 tentera ke sempadan Ukraine pada musim bunga. FMT

Rusia heret Ukraine ke mahkamah Eropah atas nahas MH17


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker