Kerajaan PH jelas kerajaan ‘tergagal’ dalam sejarah

Kerajaan PH jelas kerajaan ‘tergagal’ dalam sejarah. Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gagal mengurus sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, penuh pengharapan dengan janji-janji manis ‘bulan dan bintang’ manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang gagal ditunaikan.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, setelah diberikan sebuah kerajaan, mereka asyik bercakaran pula untuk berebut jawatan Perdana Menteri, genetik ‘langkah Kajang’ memang telah membarah dalam kalangan PH.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri (yang mereka dewa-dewakan) meletak jawatan lalu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) inilah yang mengambil tanggungjawab untuk mengurus negara kita.

“Tak dapat dibayangkan oleh seluruh rakyat Malaysia sekiranya mereka masih mentadbir negara Malaysia yang kita cintai, wirid PH ‘Malaysia sudah tidak ada duit disebabkan telah habis digunakan oleh kerajaan sebelum itu’ sehingga kerajaan PH meminjam kewangan dari negara matahari terbit,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, berapa banyak lagi mereka akan meminjam dari negara luar kalau PH masih memerintah atau rakyat akan mati kebulur.

Hakikatnya, kata beliau semenjak PN mentadbir negara ini, tidak pun meminjam sumber kewangan dari negara luar.

Menurutnya, ada sahaja sumber kerajaan dan dalam negara untuk mengurus negara dalam menangani wabak Covid-19, beratus bilion ringgit jumlahnya.

Hakikatnya, kata beliau kegagalan mereka menghalang pelancong dari negara China menyebabkan perebakan Covid-19 di Malaysia pada peringkat awal.

“Teringat saya genetik PH menyatakan Selangor masih belum kritikal apabila Kerajaaan Persekutuan akan memerintahkan PKP di seluruh negara termasuk Selangor seolah-olah yang mereka mahu atasi adalah nombor dan bukan nyawa rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Justeru, katanya apa lagi yang mahu rakyat Malaysia harapkan daripada PH, yang nyata dikejar oleh mereka adalah jawatan bukannya kesejahteraan rakyat yang harus diperjuangkan.

Tambahnya, Sidang Khas Parlimen yang akan berlangsung untuk membahaskan kelangsungan kesejahteraan rakyat, sudah ada bunga-bunga untuk dijadikan gelanggang untuk menukar kerajaan.

“PH ni tidak serik, hanya sekadar beretorika semata-mata,” ujarnya yang juga Adun Sijangkang

Kerajaan PH jelas kerajaan ‘tergagal’ dalam sejarah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Luahan hati Kunan setelah tidak didapati bersalah dan pendakwaan terpilih Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker