TH: Tunggu laporan RCI sebelum bertindak
TH: Tunggu laporan RCI sebelum bertindak. Langkah meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat tidak selari dengan aspirasi asal penubuhan entiti itu.
Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, Tabung Haji sebagai sebuah badan berkanun tidak sepatutnya diletakkan di bawah kawal selia BNM.
Ini kerana, kata beliau, langkah itu membolehkan campur tangan ahli politik dalam urusan Tabung Haji.
“Jika ahli politik itu datang daripada parti yang tertentu, dikhuatiri akan berlaku campur tangan yang tidak sepatutnya disebabkan BNM yang (mungkin) menurut apa sahaja perintah,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Ahmed Razman, antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan BNM boleh bertindak dengan bebas adalah memastikan pelantikan gabenornya tiada pengaruh politik atau eksekutif.
Menurut beliau, ketika ini, tiada jaminan BNM tidak akan dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan politik.
“Sebagai contoh, ketika kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila berlaku pemindahan wang yang besar antara beberapa akaun bank, BNM tidak berbuat apa-apa dan tidak menghalang pemindahan wang tersebut.
“Mungkin penambahbaikan (yang boleh dilakukan) ialah mewujudkan jawatankuasa yang melantik Gabenor Bank Negara supaya orang yang dilantik adalah benar-benar ada integriti dan tidak ikut perintah kerajaan,” katanya.
Ahmed Razman turut mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatankuasa melibatkan ahli-ahli Parlimen bagi mengawal selia tadbir urus Tabung Haji supaya ia kekal dalam landasan yang baik.
Beliau berpendapat, kerajaan sepatutnya menunggu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum mengambil apa-apa keputusan terhadap kawal selia Tabung Haji.
Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menambah baik pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji secara menyeluruh yang antara lain melibatkan cadangan dasar model baharu operasi dan semakan pindaan Akta Tabung Haji 1995.
Jemaah Menteri turut menyenaraikan Tabung Haji sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 APKI 2013 dan dikawal selia BNM.
Keputusan itu bagaimanapun mendapat tentangan pelbagai pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana dikhuatiri akan memberikan kerugian kepada pendeposit sekali gus merosakkan imej kerajaan secara keseluruhan.
TH: Tunggu laporan RCI sebelum bertindak
Baca Artikel Menarik :
- Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan
- Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan
- Pharmaniaga dapat kelulusan bekal 14 juta dos vaksin Sinovac terus kepada kerajaan negeri, syarikat
- Tabby (DOLLA) Tercalon Antara 100 Wajah Tercantik 2021 Bersama Rose Blackpink [VIDEO]
- Seleweng RM1.12 juta, bekas menteri didakwa esok [VIDEO]
- Resepi Kuah Kacang Sedap Sangat
Layari Laman Facebook MYKMU