COVID-19: Langkah longgar sekatan England dikecam, seolah sudah menyerah kalah
COVID-19: Langkah longgar sekatan England dikecam, seolah sudah menyerah kalah
LONDON: Tanggal 19 Julai merupakan ‘hari kebebasan’ untuk England apabila ia melonggarkan semua sekatan yang dilaksana sebelum ini dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Walaupun kadar jangkitan masih mencatat angka melebihi 54,000 sehari, namun semua perniagaan kini dibenar dibuka, selain pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial yang tidak lagi diwajibkan.
Kerajaan England menyatakan sudah sampai masa untuk masyarakat hidup bersama pandemik selain bertanggungjawab dalam usaha mengawalnya.
Mereka menyifatkan tarikh itu sebenarnya tanda England menyerah kalah kepada pandemik, selain ia bakal meningkatkan lagi kadar jangkitan.
Seorang ahli virologi memaklumkan ia mengundang bencana, sementara Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan berkata ia langkah tidak bijak.
Pembatasan larangan kepada mereka yang tidak boleh diberi vaksin menyebabkan lebih 3.8 juta rakyatnya perlu melindungi keselamatan diri sendiri.
Anak-anak yang tidak layak mendapat vaksin walaupun ada yang diluluskan untuk usia lebih 12 tahun berisiko membawa pulang varian Delta jika mereka ke sekolah.
Langkah pembebasan ini mungkin mengakhiri ‘kebebasan’ mereka. Lebih parah lagi apabila kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka, perlindungan terakhir terhadap wabak ini.
Pelitup muka sebenarnya melindungi pemakai daripada virus serta mengurangkan jumlah yang terdedah kepada individu lain.
Pilihan untuk memakai pelitip muka atau sebaliknya akan hanya mempengaruhi risiko setiap individu.
Pekerja yang bergantung kepada pengangkutan awam juga kini harus menanggung risiko akibat keputusan orang lain dalam isu berkenaan.
Langkah ‘pembebasan’ ini merupakan perspektif luar biasa semasa pandemik itu kini boleh merebak melalui udara.
Dalam pada itu, Perancis merekodkan peningkatan jumlah pendaftaran janji temu vaksin COVID-19 selepas Presiden Emmanuel Macron mengumumkan sekatan ke atas mereka yang tidak divaksin, termasuk ujian mandatori untuk memasuki restoran.
Ketua penyelaras laman tempahan janji temu vaksinasi, Doctolib boss Stanislas Niox-Chateau berkata, jumlah permintaan vaksinasi meningkat mendadak selepas pengumuman Macron.
Macron baru-baru ini mengumumkan bermula Ogos nanti, mereka yang mahu keluar untuk makan atau minum, menaiki kereta api bagi laluan jarak jauh, atau mengunjungi pusat beli-belah, perlu menunjukkan ‘pas kesihatan’ bukti sudah divaksinasi atau ujian calitan negatif.
Pas berkenaan juga diperlukan untuk mengunjungi acara, persembahan teater atau tayangan panggung sebagai sebahagian strategi kerajaan untuk mengekang penularan wabak yang kini dikaitkan dengan varian Delta.
Sementara itu, Canselor Jerman, Angela Merkel memberi isyarat kelonggaran peraturan kuarantin untuk warga Britain yang telah diberi vaksin sepenuhnya selepas pertemuan bersama Perdana Menteri Boris Johnson sebelum ini.
Antara yang dibincangkan, isu sekatan perjalanan COVID-19 ketika berlaku lonjakan kes varian Delta di negara tersebut.
Sementara itu, Johnson berkata, program vaksin Britain akan membolehkan warganya melakukan perjalanan ke luar negara dengan lebih meluas tahun ini.
Walaupun Britain berharap dapat melonggarkan syarat kuarantin untuk penerima vaksin penuh, beberapa negara Eropah termasuk Jerman menetapkan tempoh kuarantin bagi ketibaan dari Britain tanpa mengira status vaksinasi.
Dalam pada itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menaikkan peringkat amaran COVID-19 terhadap United Kingdom (UK) kepada Tahap 4, tertinggi dalam skala amaran agensi itu, dan menggesa rakyatnya untuk tidak ke negara itu walaupun sudah menerima vaksin.
Saranan itu dibuat tatkala UK kini berdepan amaran lonjakan baharu jangkitan pandemik yang sebahagian besarnya berpunca daripada varian Delta yang merebak pantas dan mudah berjangkit selepas kerajaan negara itu memansuhkan semua sekatan dan kawalan sedia ada mulai Isnin.
Dalam perkembangan berasingan, keputusan Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga yang meletakkan Tokyo di bawah perintah darurat berikutan situasi pandemik COVID-19 yang tidak menentu terpaksa dibuat sepanjang tempoh temasya sukan Olimpik sebagai usaha mengekang peningkatan kes jangkitan.
Langkah tersebut, yang sudah berkuat kuasa Isnin lepas hingga 22 Ogos, bakal menyaksikan temasya sukan itu dilangsungkan tanpa penonton di ibu negara berkenaan.
Bagaimanapun, laporan menyebut sebanyak 58 kes positif COVID-19 melibatkan atlet, kakitangan dan pegawai kejohanan sukan Olimpik Tokyo 2020 telah direkodkan sepanjang bulan ini selain yang terbaharu melibatkan dua pemain besbol dari Mexico selain atlet gimnastik dari AS-Awani
COVID-19: Langkah longgar sekatan England dikecam, seolah sudah menyerah kalah
Baca Artikel Menarik :
- Polis cari warga asing solat sunat Aidiladha luar surau
- Pemuzik cedera perut ditikam penagih
- Polis kesan keluarga panjat palang besi lari dari kawasan PKPD
- Osman Sapian bidas Puad, Jaga UMNO bukan BersatuBersatu
- Ratusan ‘Solat Raya’ luar surau, Polis mohon maaf terlepas pandang [VIDEO]
- Asia Tenggara medan perang terburuk pandemik COVID-19
Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri